
Bekas suami kepada aktres, Nur Fazura iaitu pelakon Fattah Amin pada Rabu meluahkan rasa rindu terhadap puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Perkara itu dikongsikan Fattah menerusi hantaran di Insta stories.
Menerusi hantaran berkenaan, Fattah berkongsi semula video pendek yang memaparkan aksi kandid Fatima sedang bermain sambil menggayakan busana masyarakat India.
Ia turut disertakan dengan muzik latar yang dipetik dari runut bunyi filem, Kabhi Khushi Khabi Gham.
“Saya memikirkan Fatima setiap hari. Dan malam terasa sangat sukar kerana awak tiada di sisi. Buat anakku, saya sangat merinduimu,” tulisnya.
Kali terakhir Juara Hero Remaja 2011/12 itu berkongsi momen bersama Fatima di media sosial adalah pada 21 Oktober lalu iaitu ketika pelakon itu mengisi masa bersama keluarganya.
Imbas kembali, pasangan selebriti itu bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu dan hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belajar Tak Habis Dah Nak Kahwin,”- PU Amin Dedah Dulu Hanya Ada Moto ‘Kriss’ & Duit Biasiswa

Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi foto ‘throwback’ saat majlis perkahwinannya beberapa tahun lalu.
Perkara itu dikongsikan Amin bersempena dengan ulang tahun kelahiran isteri tercinta.
Sekali gus, Amin turut menitipkan ucapan istimewa buat bidadarinya itu.
“Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu .
“Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa..
“Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah .
“Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita,” tulisnya.
Malah, Amin mendedahkan ketika itu dia dan isteri masih menuntut ilmu di Universiti Al Azhar.
“Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar .
“Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin. Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian .
“Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang..
“Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit. Selamat Hari Jadi Sayang ,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Amin atau nama penuhnya Amirul Amin Muala Lokman Hakim berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lahir pada bulan yang sama iaitu Aisyah Sofea 7 April 2014, Abdullah Umar 9 April 2016 dan Fatimah Zahra 22 April 2019.
Foto: Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Sangat Tidak Logik,” – Babak Medikal Dalam Drama Melayu, Ini Reaksi Pakar Perubatan, Ada Yang Ketawa!

Tular sebuah video yang menampilkan reaksi sekumpulan pakar perubatan apabila dipertontonkan babak di hospital dalam drama Melayu.
Adengan yang merakamkan seorang pelakon terbaring di atas katil pesakit dengan keadaan intubated (tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan) namun masih mampu berkata-kata.
Hanya tertawa saat melihat babak tersebut, golongan cerdik ini bagaimanapun menafikan babak tersebut dan menyatakan seseorang dalam keadaan sedemikian sepatutnya tidak boleh bercakap.
“Kalau dilihat daripada klip ini, wanita ini jelasnya memerlukan mesin yang menghubungkan tiub di dalam mulutnya untuk bernafas, tetapi yang peliknya dia boleh bercakap,” ulas Doktor Liyana Dhamirah yang juga hos untuk My Doctors.
Keadaan ini juga diperakui oleh Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Tulang Belakang, Dr Abd Shukor Mohd Hashim. Ulasnya, sekiranya seseorang mampu berkata-kata, dia tidak memerlukan tiub pernafasan.
“Biasanya pesakit yang intubated, tiub akan dimasukkan ke dalam pita suara ke bronkus. Pesakit tidak mungkin mampu bercakap seperti dalam babak ini.
“Kalau boleh bercakap, kita akan buang tiub tersebut. Kalau daripada segi perubatan, orang yang boleh bercakap sebegini, biasanya dia tidak perlukan tiub ini. Kami akan buka dan biarkan dia bernafas dengan sendiri. Ini sangat tidak logik,” jelasnya lagi.
malunya scene melayu kena gelak dgn doktor 😅 pic.twitter.com/GYQsJAUpV4
— anny (@cattiena) July 19, 2019
Reaksi Doktor di Youtube merupakan program yang menampilkan sekumpulan pakar perubatan untuk memberi pandangan berkaitan babak berunsur perubatan yang terdapat dalam drama dan filem Melayu dan antarabangsa.
Foto : Twitter Anny & Youtube Reaksi Doktor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Hormat, Saya Berpendapat RM10,000 Adalah Rendah,” – A. Aida

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida berpandangan denda ganti rugi berjumlah RM10,000 yang dikenakan kepada pelakon, Amelia Henderson dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama bersama syarikat produksinya adalah sangat sedikit.
Bagaimanapun, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang tetap menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.
“Peguam saya belum dapat lagi alasan bertulis penghakiman. Tapi secara ringkas saya dimaklumkan peguam bahawa pertama, mahkamah bersetuju berlakunya pelanggaran kontrak seperti yang saya tuntut.
“Walaupun begitu jumlah RM10,000 yang diberikan dengan hormat saya berpendapat adalah rendah,” katanya dalam satu kenyataan yang diberikan kepada pihak media.
Pada masa sama, A Aida turut memaklumkan dirinya akan berbincang dengan pihak peguam bagi tindakan susulan.
“Kedua, untuk fitnah, saya tidak dapat komen kerana ia adalah discretionary atas pemahaman posting tersebut dan mahkamah tinggi mendapati ia bukan fitnah.
“Saya menghormati keputusan mahkamah tinggi dan akan berbincang lanjut dengan peguam samada perlu atau tidak untuk merayu lanjut ke mahkamah rayuan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, A Aida turut mengingatkan para pelakon untuk sentiasa menghormati kontrak yang telah dipersetujui bersama.
“Apa yang jelas, apa yang pernah saya perjuangkan, berlakunya langgar kontrak telah turut diperakui oleh mahkamah tinggi dan mahkamah turut menasihati kepentingan menghormati kontrak.
“Saya rasa kita perlu lihat secara menyeluruh keputusan mahkamah tinggi tersebut dan nasihat yg telah diberikan oleh Yang Arif tentang pentingnya menghormati kontrak,” katanya lagi.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo, Amelia berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia hanya perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).
Sebelum ini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.
Penghakiman di Mahkamah Sesyen itu mengatakan mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Selain itu, Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu “Aira” yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.
Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk A Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI