Uncategorized

“Tunggu Mama Di Sana Yea,” Zila Bakarin Beri ‘Hint’ Alami Keguguran?

Share

Entri terbaru pelakon, Zila Bakarin di laman Instagramnya menimbulkan persoalan ramai apabila aktres itu menggambarkan seolah-olah dia ‘kehilangan’ seseorang.

“Inilah takdirnya.. Allah maha memahami… tunggu mama disana yea.. #Redha #kerjatuhan #anaksyurga,” tulisnya.

Susulan itu, ada netizen yang bertanyakan perkara itu di ruangan komen tidak kurang juga yang memberikan ucapan takziah kepadanya.

Melalui pemerhatian MH, sebelum ini, Zila ada muat naik satu entri yang memberi ‘hint’ seolah-olah sedang berbadan dua pada Ogos lalu.

“Anak2 tak de.. sbb chinta ckp hari ni nak bagi mama & papa bercinta.. tapi tak bole ade baby. so hari ni hari dating sedunia..#azrikasehcintazila #sayangpapa #cintamati,” tulisnya.

Zila atau nama sebenarnya, Rosmawati Bakarin melangsungkan perkahwinan dengan Azri Izhar pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Kaseh, 9 tahun dan Chinta, 6 tahun.

Foto/Instagram: Zila Bakarin

IKLAN