Penyanyi dari Indonesia, Tulus menyuarakan rasa bersyukur apabila album ketiganya, Monokrom dapat menembusi pasaran Malaysia.

Dalam kesempatan MH bertemunya, Tulus mengatakan sudah tiba masanya untuk dia meluaskan sayap lagunya ke Malaysia.

Tulus Syukur Dapat Lebar Sayap, Tiada Komen Bila Digelar Sam Smith Indonesia

IKLAN

“Berdasarkan latar belakang saya sebagai penulis lagu, dan juga setelah ‘release’ dua album, saya merasakan ini waktu tepat untuk ke Malaysia.

“Lagipun, saya sudah dapat bayangan menerusi album kedua apabila turut memasarkan beberapa ‘single’ di Jepun.

“Jadi, pihak pengurusan juga merasakan ini waktu tepat memandangkan jadual promo sudah ada dan semuanya sudah siap.

“Saya juga dapat fokus untuk mempromosikan album ini di Malaysia dan juga dapat bertemu dengan para media da peminat maka saya rasa senang sekali,”katanya.

Sehubungan dengan rencana pelancaran album tersebut di Malaysia, Tulus muncul dalam rangka promosi serta konsert sulungnya yang bakal diadakan di Istana Budaya, 18 September ini.

IKLAN

Sementara itu, ketika ditanyakan responnya mengenai digelar ‘Sam Smith Indonesia’. Ini adalah responnya.

IKLAN

Tulus Syukur Dapat Lebar Sayap, Tiada Komen Bila Digelar Sam Smith Indonesia

“Saya tidak ada komentar mengenainya,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI