Categories: Berita Hiburan

“Tujuh Bulan,” – Izara Aishah Mengandung Anak Ketiga, Kolaborasi Istimewa Undang Perhatian

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Izara Aishah yang disahkan sedang hamil anak ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh sebuah jenama fesyen terkenal menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Kolaborasi bersama ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi lebih bermakna apabila Izara yang tampil sebagai ‘muse’ bagi projek terbaharu mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata baharu.

“Izara is expecting baby number three. Congratulations. This year collaboration is so special sebab kita dapat muse yang pregnant,” tulis pada kapsyen tersebut.

Malah, Izara turut memberikan reaksi ringkas terhadap perkongsian berkenaan.

“7 months,” balasnya.

Bahagia Bersama Keluarga

Sebagai informasi, Izara atau Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima hampir 21,000 tanda suka dengan disusuli beratus komen warganet.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
MH