Ads

“Tujuan Hidup Bukan Menyanyi Saja,” – Pernah Depresi, Riz Zaizizi Kini Bangkit… Temui Makna Hidup Sebagai Guru Vokal Mengaji

Penyanyi Riz Zaizizi akui kini dirinya sudah mampu menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa kerjaya seninya kurang menyerlah seperti rakan artis lain.

Pernah melalui fasa sukar apabila karya-karyanya kurang mendapat sambutan, bekas naib juara Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) itu tidak menafikan pernah berdepan tekanan dan kekecewaan.

“Tujuan Hidup Bukan Menyanyi Saja,” – Pernah Depresi, Riz Zaizizi Kini Bangkit… Temui Makna Hidup Sebagai Guru Vokal Mengaji

Selepas bergelar naib juara, Riz sempat menghasilkan beberapa single dan sebuah album. Antara lagu yang paling mendapat perhatian ialah Ku Pinjam Satu Bintang, duet bersama Datin Alyah.

“Selepas begelar naib juara AF6, saya ada mengeluarkan beberapa buah single dan sebuah album. Setakat ini, lagu saya yang paling hits adalah Ku Pinjam Satu Bintang yang juga duet bersama Datin Alyah.

“Ketika saya masih mentah dulu, rasa kecewa itu sudah tentu ada. Bila kita buat single dan album tetapi tiada penerimaan. Saya jadi agak kecewa dan tertekan. Saya pernah lalui fasa itu.

“Namun, bila kita sudah semakin matang dan banyak belajar, barulah saya sedar tujuan hidup ini bukanlah untuk menyanyi sahaja. Dalam hidup ini, ada sesuatu yang Allah suruh cari.

“Kini saya merasakan, jika bidang seni ini bukan rezeki saya, saya okay sahaja. Ketika ini, saya juga sibuk mengajar dan ceburi beberapa buah bisnes,” katanya kepada MH.

Ads

Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single raya terbaharu berjudul Raya Dah Nampak, duet bersama penyanyi baharu, Acha.

“Tujuan Hidup Bukan Menyanyi Saja,” – Pernah Depresi, Riz Zaizizi Kini Bangkit… Temui Makna Hidup Sebagai Guru Vokal Mengaji

Mengulas perjalanan kerjaya seninya yang kini menjangkau 18 tahun, Riz menyifatkan ia sebagai satu perjalanan yang sangat mencabar, lebih-lebih lagi selepas bergerak sendiri tanpa sokongan platform besar.

“Tujuan Hidup Bukan Menyanyi Saja,” – Pernah Depresi, Riz Zaizizi Kini Bangkit… Temui Makna Hidup Sebagai Guru Vokal Mengaji

“Perjalanan kerjaya seni saya memang penuh liku. Ketika di AF dahulu, Astro merupakan sebuah jenama besar. Kita juga dapat liputan meluas. Pada saya, AF merupakan pengalaman paling best yang pernah saya rasakan.

Ads

“Bila bergerak sendiri, cabarannya memang lain macam. Dahulu, semua benda orang buatkan untuk kita. Kita hanya perlu siapkan diri dan menyanyi.

“Bila bergerak sendiri, segalanya kita perlu urus sendiri. Selepas beberapa belas tahun bergelar penyanyi dan nama juga kurang gah, saya rasa perjalanan kerjaya saya memang sangat mencabar,” ujarnya lagi.

Aktif Mengajar Vokal Mengaji

Selain terus aktif dalam bidang nyanyian, Riz kini memberi fokus kepada pengajaran teknik vokal ketika mengaji Al-Quran.

Bagaimanapun, dia menjelaskan pengajarannya lebih tertumpu kepada aspek sebutan dan lontaran suara.

Ads

“Tujuan Hidup Bukan Menyanyi Saja,” – Pernah Depresi, Riz Zaizizi Kini Bangkit… Temui Makna Hidup Sebagai Guru Vokal Mengaji

“Saya bukanlah mengajar bab tajwid tapi lebih kepada makhraj huruf dan cara bacaan. Bila sudah khatam, saya minta pelajar-pelajar saya cari guru lain untuk belajar tajwid pula.

“Saya mengajar secara atas talian. Saya ada pelajar dari Malaysia, Singapura dan paling jauh pula dari Australia. Kelas saya agak terhad.

“Saya mengajar sejak lima tahun lalu. Pada mulanya saya belajar vokal dengan Cikgu Siti Hajar. Beliau juga mengajar vokal ketika membaca Al-Quran.

“Dari situ saya tahu vokal ini bukan hanya digunakan ketika menyanyi sahaja. Ketika mengaji pun vokal kena betul termasuklah lontaran suara dan pernafasan,” akhirinya.

Kini, Riz melihat perjalanan hidupnya dari perspektif yang lebih luas. Bagi dirinya, bidang seni mungkin satu rezeki, namun tujuan hidup bukanlah terhad kepada nyanyian semata-mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Adriana Adnan Bersuara Selepas Dikecam – “Saya Tak Minta Layanan Istimewa,...

Pelakon dan pengacara Adriana Adnan tampil memberikan penjelasan susulan kritikan yang diterimanya selepas berkongsi pengalaman berdepan layanan kurang mesra di pasar malam, baru-baru ini. Adriana,...
error: Hello. Cannot.