Syarikat pengurusan Stars Powerhouse Entertainment, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon di bawah naungan mereka, Alya Iman, sebagai punca perceraian pasangan selebriti baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, wakil syarikat berkenaan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh mencalarkan imej serta reputasi artis mereka.
“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.
“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah, dan menjejaskan reputasi,” tulis pada paparan yang tertera.
Ads
Amaran & Tindakan Undang-Undang
Dalam masa sama, pihak Stars Powerhouse Entertainment turut meminta kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan penyebaran tuduhan tidak berasas tersebut.
Ads
Mereka turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu berterusan selepas ini.
“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Ads
“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Stars Powerhouse Entertainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Ahirine Ahirudin kini merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama pilihan hatinya yang juga bekas atlet berbasikal, Hafidz Hamid.
Mengulas perkara tersebut, Hafidz memaklumkan mereka sememangnya sudah mempertimbangkan untuk mendirikan rumah tangga.
Namun begitu, kedua-duanya perlu mengambil kira komitmen kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan besar itu.
“Insya-Allah kami sedang berusaha untuk mempercepatkan segala perancangan supaya tidak timbul sebarang kata-kata negatif daripada netizen.
“Namun, untuk tahun ini agak padat kerana saya sendiri mempunyai komitmen kerja dan beberapa perkara yang perlu dicapai.
“Kami memang agak terikat dengan jadual masing-masing. Insya-Allah, jika dipermudahkan, perancangan itu mungkin direalisasikan tahun hadapan,” katanya.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonan Ahirine, Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, Hafidz menjelaskan hubungan mereka kini semakin serius apabila kedua-duanya sudah saling mengenali keluarga masing-masing.
“Alhamdulillah, dari hari ke hari saya semakin mengenali dirinya termasuk keluarganya. Dia juga sudah mengenali keluarga dan latar belakang saya.
“Jadi setakat ini tiada sebarang masalah dan kami melihat hubungan ini boleh diteruskan ke fasa seterusnya,” katanya.
Ditanya mengenai keterbukaan mereka di media sosial, Hafidz tetap memilih untuk berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi bagi mengelakkan spekulasi yang tidak tepat.
“Dalam situasi seperti ini, orang luar tetap akan bercakap walaupun bukan netizen. Apabila kita membuka ruang, pelbagai andaian akan timbul.
“Lebih baik kami mengambil langkah untuk menutup ruang spekulasi daripada terus berlarutan dengan perkara yang tidak benar,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Hafidz juga mendedahkan hubungan mereka telah terjalin lebih setahun dan bermula daripada minat yang sama dalam sukan berbasikal.
“Hubungan kami sudah rapat lebih setahun, kira-kira setahun dua bulan. Kami mula berkenalan sejak dahulu lagi ketika dia aktif dalam sukan berbasikal sebelum beralih ke Muay Thai.
“Kebetulan saya juga bekas atlet berbasikal, jadi dari situlah titik perkenalan kami bermula. Jarang juga untuk melihat individu yang menarik dalam dunia berbasikal, namun di situlah saya mula mengenalinya,” katanya.
Sebelum ini, hubungan Ahirine dan Hafidz mula mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Ahirine Ahirudin & Hafidz Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Remy Ishak tampil memberikan penjelasan berhubung komen emoji ‘love eyes’ yang ditinggalkan pada foto pelakon Indonesia, Aghniny Haque di media sosial baru-baru ini, selepas didakwa tidak menghormati perasaan isteri oleh segelintir netizen.
Menurut Remy, komen tersebut tidak mempunyai sebarang maksud tersirat, sebaliknya sekadar respon biasa antara rakan pelakon yang bakal bergandingan dalam filem terbaharu.
“Dia ialah heroin saya dalam filem Khadam. Orang luar mungkin tak tahu. Lagipun, tak kan semua perkara saya perlu bagitahu secara terperinci,” katanya kepada MH.
Remy berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Filem tersebut dijadualkan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 April ini.
Dalam pada itu, Remy berpendapat terdapat segelintir pihak yang membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Kalau boleh, masyarakat memang nak tahu segalanya fasal saya. Namun, bukan semua orang berpeluang menjadi kawan saya. Bila tak dapat jadi kawan, mulalah mereka mengeluarkan ayat-ayat yang tidak bagus.
“Jadi, perlu ke saya melayan? Saya rasa, saya tak perlu nak buat penjelasan kepada semua orang. Dengan siapa saya berkawan? Mesej siapa yang saya balas? Mereka tak perlu tahu.
“Bila mereka tak tahu, mungkin itu yang membuatkan mereka nak sangat cari tahu. Jadi, saya pilih untuk tidak melayan,” ujarnya lagi.
Remy turut menegaskan, tiada rahsia antara dirinya dan isteri, Datin Ezza Yusof. Malah segala tindak-tanduknya diketahui oleh pasangan hidupnya itu.
“Isteri ialah orang yang paling tahu segala perkara fasal saya. Malah, dia sendiri bertanya kepada saya, kenapa ada netizen yang berperangai pelik-pelik?
“Setiap tindak tanduk yang saya lakukan, hubungan kami sebagai suami isteri memang sangat ‘transparent’. Dia tahu dengan siapa saya berlakon.
“Malah, gambar wanita AI yang saya muat naik di media sosial sebelum ini, saya tunjuk dulu kepada isteri dahulu. Saya siap tanya, adakah wanita ini cantik?
“Biarlah mereka dengan keluarga mereka, saya pula dengan keluarga saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, tindakan Remy meninggalkan komen emoji ‘love eyes’ pada foto Aghniny menarik perhatian ramai dan ia turut menerima respons daripada Ezza di media sosial.
Bagaimanapun, Ezza dengan tenang menjelaskan bahawa komen tersebut bertujuan mempromosikan filem terbaharu lakonan Remy bersama Aghniny berjudul Khadam.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nourul Depp tidak berniat untuk membuka semula kisah perselisihan faham antara dirinya bersama anak sulung, Ayu Nazirah ketika muncul dalam sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, apa yang dikongsikan dalam podcast tersebut adalah berbentuk nasihat umum kepada anak-anak lain, bukan untuk memburukkan anaknya sendiri.
“Kisah itu sebenarnya sudah empat tahun berlalu. Cuma pada momen di podcast itu, saya bercerita kembali. Saya bukan nak ceritakan keburukkannya. Walau apapun yang terjadi, dia tetap anak saya.
“Saya biarkan dia berjalan dahulu mencari dirinya sendiri. Dahulu pun saya melalui proses mencari diri. Saya juga ada melakukan kesilapan.
“Apa yang saya cakap dalam podcast itu hanyalah sebagai seorang ibu yang ingin memberikan nasihat kepada anak-anak yang lain.
“Walau apapun cara kita nak kejar atau jalani hidup, ibu kita tetap ibu kita. Jangan lupakan mereka. Saya dibesarkan dengan cara sebegitu. Kita kena hormat ibu bapa dan orang tua,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert For You Nourul di Smith & Wollensky, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, Nourul memaklumkan dia kini memilih untuk reda dan menyerahkan segalanya kepada takdir, dengan harapan hubungan bersama anaknya dapat kembali pulih suatu hari nanti.
“Saya sudah ajar hampir semua perkara kepada anak saya. Dia pun belajar pandai. Jadi, ini jalan yang dia pilih. Hal ini tidak mengganggu saya sangat. Saya sudah lepaskan perasaan itu.
“Jika soalan ini ditanya pasa tahun 2022, mungkin saya akan rapuh. Itu juga salah satu fasa yang buat saya lebih mengenali diri.
“Sebab itu juga ada pergi berguru dan mulakan program fire talk. Saya nak melupakan dan sayang diri sendiri. Bukan nak kata saya tak sayang anak-anak tapi saya harus sayang diri sendiri.
“Sebagai ibu bapa, kita sudah banyak berkorban. Kita jaga mereka dikala sakit dan sihat. Jadi, saya bertanya kepada diri, adakah layak untuk menerima kekecewaan ini?,” ujarnya.
Pada masa sama, Nourul turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengelakkan tekanan berlebihan, apatah lagi selepas pengalaman menghidap penyakit serius sebelum ini.
“Kita akan sentiasa ada pergeseran dengan anak-anak dan kawan-kawan. Terpulanglah kepada anak itu sama ada dia nak mencari jalan penyelesaian atau tidak.
“Saya okay sahaja sekarang. Saya tak nak terlalu fikir yang berat-berat. Dahulu, saya pernah ada kanser. Saya tak mahu lagi ada penyakit itu.
“Situasi stress seperti ini boleh mendatangkan penyakit. Saya tak nak stress,” kongsinya.
Mengulas lanjut, Nourul menjelaskan tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan segera, meskipun dirinya aktif menjalankan program motivasi.
“Saya buat program seperti itu untuk bantu mereka membuka minda mencari solusi masalah. Saya bukan tak boleh selesaikan masalah saya. Saya boleh.
“Tetapi ada kalanya, bila sesuatu perkara itu kita terlalu mendesak, ia akan terus menjadi lebih teruk. Bukan saya seorang punyai masalah seperti ini.
“Jadi, saya kumpulkan mereka untuk bantu untuk mencari jalan penyelesaian. Saya juga mencari kesalahan saya sebagai ibu. Kita juga buat salah walaupun buat perkara baik.
“Sebagai contoh, bila kita layan anak seperti kawan, itu sebenarnya cara yang salah. Kita kena ada batas. Saya sudah tahu salah saya dan anak. Kini saya hanya menunggu waktu dan serah pada Allah SWT,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.