Selepas empat minggu bersaing, pengarah terkenal, Aziz M. Osman bersama anaknya, Ara Aziz membuat keputusan mengejutkan untuk menarik diri daripada program realiti Talk To My Manager (TTMM).
Menurut Aziz, keputusan itu diambil selepas perbincangan panjang melibatkan seluruh keluarga, memandangkan wujud kekangan masa antara komitmen kerja, pelajaran dan tanggungjawab lain.
“Sebenarnya berat untuk saya buat keputusan ini. Selepas berbincang bukan sahaja dengan Ara tetapi ibunya dan ahli keluarga yang lain, kami tidak dapat mengelak selain daripada menarik diri.
“Ia terpaksa dibuat disebabkan pertembungan masa saya dan Ara. Apabila kami terlibat di dalam program ini, kami perlu beri tumpuan 100% terutamanya saya yang menjadi pengurusnya.
“Saya perlu mereka konsep persembahan. Seperti semua tahu, Ara ini ada ‘niche’ yang tersendiri. Agak sukar untuk dia muncul sebagai penyanyi. Dia perlu tampil sebagai penghibur,” katanya kepada MH.
Tambah Aziz lagi, persembahan Ara sentiasa menampilkan elemen lakonan sejak minggu pertama, kerana itu adalah kekuatannya.
Namun, untuk menghasilkan persembahan sebegitu, dia terpaksa mengorbankan banyak kerja lain.
“Ara juga masih sibuk dengan jadual persekolahan. Dia terpaksa membahagikan masa untuk melakukan banyak perkara.
Ads
“Walaupun keputusan ini terlalu berat, tetapi ini yang terpaksa kami lalukan. Keputusan ini sebenarnya sudah dibuat sejak minggu kedua lagi.
“Kami merancang untuk menarik diri di minggu kelima. Namun, setiap minggu ia semakin membebankan,” jelasnya lagi.
Ara turut menegaskan keputusan itu bukan dibuat secara sebelah pihak, sebaliknya hasil perbincangan bersama.
“Saya memang minat sangat dengan program TTMM ini. Namun, ini adalah keputusan daripada kami berdua. Kami ada banyak perkara lain yang perlu dibuat.
“Saya pula susah nak fokus terhadap sesuatu perkara kalau perlu buat perkara lain. Saya tahu kekuatan saya bukan dalam bidang nyanyian seperti peserta-peserta lain.
Ads
“Jadi, saya patut beri peluang kepada mereka untuk buktikan kemampuan terbaik mereka,” katanya.
Bukan Tanda Kalah, Tapi…
Mengulas lanjut, Aziz menafikan penarikan diri itu bermaksud mereka mengaku kalah, sebaliknya mahu memberi laluan kepada peserta lain yang lebih layak menyerlah.
“Walaupun ini merupakan program hiburan kekeluargaan tapi ia tetap pertandingan. Bila bertanding, kita sudah tahu siapa yang akan jadi pemenang atau terkeluar.
“Kami juga tahu yang kami akan terkeluar bila-bila masa sahaja. Agak sukar untuk Ara bersaing dengan Thalita, Ammar dan Amad.
“Bukan nak kata kami siang-siang sudah mengaku kalah tapi forte Ara berbeza. Jadi, agak tak adil untuk Ara bersusah payah dan bersaing dengan peserta-peserta seperti ini,” katanya.
Ads
Pada minggu keempat, tiada penyingkiran diumumkan oleh pihak produksi, namun produksi akur dengan keputusan Aziz dan Ara.
Sementara itu, pasangan Siti Saerah dan Amad tampil dengan persembahan memukau menerusi lagu Cindai, sekali gus merampas kedudukan pertama dengan markah tertinggi 91.33%.
Tempat kedua diraih oleh Thalita (anak Shuib) dengan markah 83.00%, manakala Auddra (anak Sharifah Shahirah) menduduki tempat ketiga dengan 79%.
Berikut adalah keputusan penuh minggu ke-4 TTMM:
1. Siti Saerah & Amad – 91.33%
2. Shuib & Thalita – 83.00%
3. Sharifah Shahirah & Auddra – 79%
4. Liza Hanim & Marsya – 78.67%
5. Ameng & Ammar Haikal – 76.00%
6. Aziz M. Osman & Ara Aziz – 67.33%
7. Ina Naim & Hadie – 67.00%
8. Sharifah Zarina & Athalia – 66.67%
Talk To My Manager dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) dengan juri tetap Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Program ini bersiaran selama tujuh minggu setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), serta boleh distrim menerusi Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi pop terkenal, Britney Spears sekali lagi mencuri perhatian selepas laporan media antarabangsa mendakwa rumah agam miliknya berada dalam keadaan tidak terurus dan dipenuhi najis anjing.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, kelihatan latar belakang kediaman Spears agak berselerak dan terdapat objek di lantai yang didakwa sebagai najis anjing.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan ramai pihak terhadap tahap kebersihan serta keadaan bintang berusia 43 tahun itu yang sebelum ini pernah menghidapi fasa kesihatan mental yang tidak stabil.
Portal hiburan Page Six melaporkan, rakan serta ahli keluarganya turut bimbang kerana Spears dikatakan gagal mengurus rutin harian termasuk menjaga kebersihan rumah serta haiwan peliharaannya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Toxic itu menafikan dakwaan berkenaan dengan menyatakan bahawa ketika video itu diambil beliau sedang giat membersihkan rumahnya.
Dalam hantaran sama, Britney mengecam pihak yang menghakiminya dan menulis pada kapsyen,“sedang bermain dengan pencahayaan dan membersihkan rumah seperti tiada hari esok.”
Isu ini menambah siri kontroversi yang membabitkan Spears selepas pembebasannya daripada perintah konservatori pada 2021. Walaupun kini menikmati kebebasan penuh, pelbagai laporan terus mempertikaikan tahap kesihatan mental dan gaya hidupnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri pelakon Fattah Amin iaitu penyanyi Amira Othman, menyifatkan statusnya sebagai ‘orang rumah’ selepas ini sebagai satu amanah besar serta fasa baharu dalam kehidupannya.
Bagi Amira, ini adalah perjalanan yang turut dilalui oleh setiap wanita yang baru melangkah ke alam perkahwinan.
Malah penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati-Hati ini turut menitipkan doa agar segala yang baik mengiringi dirinya dalam menempuh fasa terindah ini.
Imbas kembali, Fattah dan Amira selamat bernikah dalam majlis ijab dan kabul mereka di sebuah hotel di Bagan Lalang, Selangor, malam tadi.
Dengan sekali lafaz, Fattah sah menjadi suami Amira tepat jam 9.08 malam selepas dinikahkan oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Pada majlis pernikahan itu, Amira atau nama sebenar, Nadia Amira Othman turut menerima mas kahwin berupa seutas rantai tangan.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 2017, sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup itu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Majlis akad nikah Fattah dan Amira berlangsung meriah dengan diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak serta disiarkan secara langsung di saluran Inspirasi Unifi TV 2.0.
Bermula 19 September, setiap Jumaat jam 9.00 malam, peminat berpeluang menyaksikan Setulus Takdir: Fattah Amira, sebuah kisah eksklusif di Unifi TV, Saluran Inspirasi.
Ia menyingkap perjalanan pengantin baru ini, daripada akad nikah, bulan madu, aktiviti amal hinggalah detik istimewa lain.
Ikui temu bual penuhnya di sini;
.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida yang juga pelakon baharu, Azeva Natassha memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan kesembuhan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu, Azeva berharap agar ibunya diberikan kekuatan untuk melawan ujian sakit yang sedang dialaminya ketika ini.
“Dengan penuh rasa dukacita dan rendah hati, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ibu saya, Zaidah Binti Awang, yang kini berada di ICU.
“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan kesembuhan yang segera, menghapuskan segala sakit dan penderitaan.
“Memberikan kekuatan kepada beliau untuk kembali sihat,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Azeva turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat ibunya.
“Semoga doa kita semua diperkenankan oleh-Nya, dan ibu saya diberi peluang untuk terus bersama keluarga yang amat menyayanginya. Aamiin ya Rabbal ‘alamin,” kongsinya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, A. Aida yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi, sebelum terpaksa ditidurkan.
Perkara itu turut disahkan oleh sahabat baiknya yang juga pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Sementara itu, bekas suami kepada A. Aida, Ameng Spring, pula memaklumkan penerbit drama Halimah Jongang itu berkemungkinan diserang penyakit jantung akibat pendarahan beku di jantung dan paru-paru.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Instagram Azeva Natassha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.