Uncategorized

Troll Gantikan Fattah Amin Dengan Chester, Peminat Linkin Park Bengang

Share

Berita tentang kematian Chester Bennington akibat bunuh diri membuatkan peminat Linkin Park diseluruh dunia bersedih kerana hilangnya seorang artis yang cukup berbakat dan menghasilkan karya yang berkualiti.

Masakan tidak, mendiang merupakan idola ramai anak muda, khususnya mereka yang melewati usia remaja sekitar awal milenium.

Di sebalik ratapan kesedihan peminat tegar kumpulan gergasi itu, ada yang tidak dapat membendung rasa marah apabila kematian Chester dijadikan “

meme” dan jenaka oleh segelintir pihak.

Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin kerana telah dilantik sebagai vokalis baru kumpulan Linkin Park sebentar tadi.

 

 

Mungkin kematian Chester Bennington ni sebenarnya bukanlah kes bunuh diri, tetapi kes pembunuhan yang didalanggi oleh kumpulan Linkin Park itu sendiri.

 

 

Ini mungkin kerana mereka sudah lma menyedari bakat Fattah Amin lebih menyerlah berbanding Chester Bennington.” 

Lawak tersebut mengundang kemarahan peminat setia Linkin Park. Mereka menyifatkan individu terbabit membuat lawak tersebut tidak sensitif terhadap kematian Chester yang telah dianggap sebagai legenda muzik.

Namun dalam masa yang sama, ramai juga meminta agar golongan peminat itu mengawal rasa sensitif, kerana laman sosial berkenaan sememangnya terkenal dengan jenaka berbentuk

troll.


Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County pada hari Khamis lepas.

Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah.

 

Sebelum ini, Chester pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewaktu kanak-kanak.

 

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN