Uncategorized

Transfomasi Hael Bagai ‘Oppa’ Buat Peminat Teruja!

Share

Nak tahu kenapa ramai gadis tergila-gilakan bintang kpop? Tentulah kerana wajah yang jambu, penampilan yang sempurna dan kulit muka yang putih melepak yang dimiliki oleh oppa-oppa korea!

Haa, jangan terkejut kini penyanyi terkenal, Hael Husaini juga sudah mula tampil persis bintang K-pop. Korang pasti akan ‘terjampi’ melihat transformasi Hael di Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Hael, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambarnya sedang menikmati salji di negara sejuk, Korea.

Ruangan komen di Instagram Hael juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian 607 ribu pengikutnya.

Rata-rata mereka begitu teruja hingga meninggalkan pelbagai jenis komen yang agak mencuit hati.

Ramai yang memuji Hael dengan berkata penyanyi dan komposer lagu ini kelihatan kacak dan ada juga yang memangilnya dengan gelaran ‘Oppa’. Amboi korang sakan nah!

Perkongsian pelantun lagu Jampi telah menerima lebih ribuan komen dan likes daripada pengikutnya. Katanya Hael persis Kai EXO.

Untuk pengetahuan korang, Hael mula menceburi industri seni setelah bergelar naib juara Akademi Fantasia musim ke 10 pada tahun 2013.

Lagu debut nyayiannya brjudul Hentian Terakhir yang dicipta sepenuhnya oleh Damien VE berjaya melonjakkan namanya sebagai penyanyi muda yang digemari ramai.

Hael juga kini merupakan seorang bapa muda apabila mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena selari dengan namanya Hael.

Nah #MHBelanjaGambar Hael di Korea, jangan korang terkena jampinya pula!

IKLAN