Tony Fernandes (Air Asia) Kahwini Gadis Korea

Baru- baru ini tularnya gambar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.

Majlis itu dilaporkan telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila perkahwinan tersebut berlangsung.

Gambar perkahwinan mereka bersama Chole yang berusia sekitar 20-an telah tersebar di di media sosial apabila ia dikongsi menerusi media sosial serta di aplikasi WhatsApp.

IKLAN

Pasangan ini dikatakan sudah bercinta selama lebih dua tahun sebelum mengikat tali perkahwinan. Tidak banyak yang diketahui tentang gadis yang dikenali dengan nama Chloe ini.

Malah, Chloe, mempunyai profil yang rendah dan nama terakhirnya hanya diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan yang paling rapat.

Menerusi gambar-gambar yang tular, Fernandes kelihatan tersenyum bahagia di samping wanita berkenaan yang bertubuh tinggi lampai di sisinya.

IKLAN

Antara tetamu kehormat yang turut menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz

Tahniah buat Tony Fernandes & Chloe, semoga bahagia sampai ke anak cucu.

Sumber : NEW STRAITS TIMES