Spekulasi hubungan antara bintang filem terkenal Hollywood, Tom Cruise dan pelakon wanita jelita, Ana de Armas, kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya dilihat berpegangan tangan ketika bercuti di Vermont, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Kehadiran pasangan itu di lokasi peranginan tersebut pada Sabtu, 26 Julai lalu sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan cinta yang telah mula diperkatakan sejak lima bulan lalu.

Menurut laporan portal hiburan antarabangsa, Tom, 63, kelihatan segak mengenakan pakaian biru gelap lengkap dengan topi baseball dan cermin mata hitam, sambil menggenggam tangan pelakon filem Ballerina itu. Ana, 37, yang memiliki kediaman di Vermont, pula tampil kasual dengan t-shirt putih dan jean hitam kembang, selain mengikat rambutnya ke belakang.

Ads

Pasangan selebriti itu kali pertama mencetuskan khabar angin percintaan sekitar Februari lalu apabila mereka dilihat makan malam bersama di London. Bagaimanapun, sumber terdekat memaklumkan ketika itu mereka sekadar bertemu atas urusan profesional bersama ejen masing-masing dan tidak menunjukkan sebarang isyarat hubungan romantik.

Sejak itu, Tom Cruise dan Ana de Armas dilihat bersama dalam beberapa acara termasuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-50 legenda bola sepak David Beckham pada 3 Mei di London, selain turut diraikan bersama sempena ulang tahun kelahiran de Armas yang ke-37 sebelum itu.

Ads

Musim panas ini menyaksikan pasangan tersebut menikmati masa bersama termasuk berlibur menaiki kapal layar di Sepanyol serta menghadiri konsert band popular, Oasis, di Stadium Wembley. Mereka turut dirakam sedang menonton konsert berkenaan dalam latar belakang video Instagram yang dimuat naik oleh DJ dan penerbit muzik, Goldie.

Untuk rekod, Tom Cruise pernah mendirikan rumah tangga bersama tiga wanita iaitu Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes. Hasil perkahwinan, beliau dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella, 32, dan Connor, 30, bersama Kidman serta Suri, 19, hasil perkahwinan bersama Holmes.

Ads

Sementara itu, Ana de Armas pernah menjalin hubungan dengan anak tiri Presiden Cuba, Manuel Anido Cuesta, dan eksekutif Tinder, Paul Boukadakis. Beliau turut pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Ben Affleck sewaktu penggambaran filem Deep Water, namun berpisah secara baik pada Januari 2021.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads