Uncategorized

“Tolong Panggil Saya Mya Ruslee, Bukan Maya Matahari Sebab…”- Ramai Keliru Nak Panggil Mana Satu?

Share

Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Mya Ruslee mendedahkan, sehingga ke hari ini masih ramai yang keliru mengenai nama pentasnya.

Ini kerana, rata-rata peminat masih ‘melekat’ dengan panggilan Maya Matahari sehingga menenggelamkan nama komersial Mya yang sebenarnya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut kepada MH, penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya dia postif bila mana single hitsnya itu menjadi sebahagian daripada nama panggilan buat dirinya sejak dua dekad lalu.

“Saya sebenarnya tak kisah orang panggil Maya Matahari sebab ia sudah pun jadi sinonim. Ia ibarat jenama juga buat diri saya. Cuma pada masa sama, kalau boleh saya nak juga peminat sedar bahawa itu bukan nama komersial saya sebenarnya.

 

“Nama pentas saya ialah Mya Ruslee. Nama Maya Matahari tu dah orang panggil lebih 20 tahun lalu. Jadi ia memang sudah melekat. Cuma kalau boleh selepas ini, tolong panggil saya Mya Ruslee, bukan Maya Matahari sebab dalam GV pun, produksi panggil saya Mya sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Mya sejujurnya juga tidak kisah mengenai ejaan ‘Mya’ itu sendiri.

“Saya tak kisah nak eja Maya tau Mya. Dua-dua pun okay. Tapi yang tepat ialah Mya. Sebab nama sebenar saya pun ejaannya ialah Mya. Mungkin sejak zaman sekolah lagi kawan-kawan pun sudah panggil Maya, Maya. Jadi ia sudah lekat.

 

“Harapnya selepas ini, panggillah saya dengan nama Mya Ruslee ya,” pohon Mya.

Foto: Instagram Mya Ruslee

 

IKLAN