Berikutan persediaan konsert Jay Chou sehingga menyebabkan 21,000 tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan, akaun Facebook bintang dari Taiwan itu ‘diserang’ segelintir penyokong skuad Harimau Malaya.
Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan Jay Chou yang bakal melangsungkan konsertnya pada 15 Januari ini sehingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.
Malah, mereka juga menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada kepada pasukan Malaysia
Bagaimanapun, reaksi netizen di laman Instagram dilihat sedikit berbeza.
Kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai memalukan.
Lantaran itu, mereka juga meminta agar
rakyat Malaysia berhenti mengecam Jay Chou kerana perbuatan tersebut boleh memberikan imej yang buruk buat negara.
Ads
“Malaysia, tolong jaga imej kita. Apa sahaja yang kita komen mencerminkan negara kita. Sila berfikir secara rasional sebelum memberikan sebarang komen. Jay tak buat salah apa pun. Dia cuma artis dan penghibur. Kenapa nak cakap yang buruk kepada dia sedangkan ia masalah daripada pihak pengurusan?
“Konsert dia dah postpone tiga tahun sebab Covid-19 dan tarikh sudah lama dutetapkan. Konsert dia bukan orang Malaysia je tengok, dari luar negara pun ada. Kalau nak postpone atau batal, anda rasa wajar ke? Orang yang dah beli tiket awal-awal tu macam mana?
“Sila komen dengan rasional. Tunjukkan kualiti kita sebagai Malysia. Jangan salahkan orang yang tidak bersalah. Sekian terima kasih.
Ads
“Kepada rakyat Malaysia, tolong jadi matang. Dah besar kan? Bukan budak kecil. Jangan malukan negara kita.
“Kenapa pula korang maki dia? Bukan salah dia pun. Ni memang karier dia sebagai penghibur. Patut korang tanya kepada pihak pengurusan stadium. Make sense la juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebagai rekod, tidak sampai sehari penjualan dibuka, semua tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini habis dijual.
Ads
Terdahulu, menerusi ciapan di Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.
“Makluman, booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.
“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Facebook Jay Chou
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu pengasas dan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang didakwa mengenakan kain telekung dan memasuki ruangan solat kaum wanita ketika menunaikan ibadah umrah.
Lalu, terdapat seorang individu telah meluahkan pendapat menerusi akaun media sosial Twitter miliknya.
Individu berkenaan telah memberikan kata-kata nasihat kepada penyanyi lagu Makhluk Pengoda itu untuk mencontohi usahawan kosmetik, Safiey Ilias.
“Mohon Encik Sajjad Contohi Safiey, apa pun pilihan hidup dia, dia masih tau MANA HALAL HARAM DALAM IBADAH,” tulisnya.
Mohon Encik Sajjad Contohi Safiey, apa pun pilihan hidup dia, dia masih tau MANA HALAL HARAM DALAM IBADAH. pic.twitter.com/ZibGQW4lya
Lantas, perkongsian individu tersebut telah menjadi perhatian dan menjadi topik perbualan hangat kalangan netizen.
Menurut sumber Berita Harian Online, agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman menunaikan ibadah umrah, mengesahkan usahawan itu sudah dibawa keluar dari tanah suci Mekah.
Foto: Twitter Hfnz9
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tampan, Remy Ishak marakamkan ucapan penghargaannya buat mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara rasmi telah meletakkan jawatannya pada Isnin.
Menurut Remy, segala jasa Tan Sri Muhyiddin dalam mentakbir negara dikala krisis pendemik Covid-19 akan dikenang sampai bila-bila.
“Assalamualaikum Tan Sri @muhyiddinyassin_official, terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan buat seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta.
“Jasa baik dan usaha Tan Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang berjuang untuk rakyat saat pandemic covid-19 melanda negara akan dikenang hingga akhir hayat,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Keluarga Bahadon itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Remy turut mendoakan semoga Tan Sri Muhyiddin serta keluarganya sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.
“Saya mendoakan kesejahteraan dan rahmat buat Tan Sri serta seluruh ahli keluarga. Semoga Tan Sri diberikan kesihatan yang lebih baik dan dirahmati ALLAH SWT. Amin Amin Ya Rabb al amin,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 itu.
“Hadir dan pergi dengan cara terhormat even its hard we know you already do the best. Terima kasih Abah.
“Kita suka post ini. Ikhlas dan dirasai di hati.
“Terima kasih abah. Moga Abah sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
“Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Terima kasih Abah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.
Sumber: Instagram Remy Ishak & Tan Sri Muhyiddin Yassin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap setahun kelahiran anak bongsu Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim baru-baru ini, pelakon berkenaan bersama suami telah pun menganjurkan majlis doa selamat dan kesyukuran bersempena dengan ulang tahun si kecil itu yang pertama.
Menariknya, majlis yang serba sederhana tetapi penuh makna itu diserikan dengan kehadiran anak-anak tahfiz bagi memberkati majlis kesyukuran yang diadakan.
“Alhamdullilah. Menyambut kelahiran anak bongsu kami bersama keluarga terdekat & bersama PU favourite kami @pu_hafiz dan anak anak tahfiz nya yang cute.
“Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan untuk doa dan bacaan Al Quran untuk anak kami Mohamed Neqayl.
“Semoga Allah meluaskan lagi rezeki anda semua & mendapat keberkatan dunia akhirat. Amin,” tulis Nora di salah satu posting di Instagram.
Dalam suasana penuh emosi ketika membuat persembahan, penyanyi tersohor Misha Omar tidak menyangka akan bertentang mata dengan figura muzik ikonik dari Seberang, Melly Goeslaw, yang hadir pada majlis pelancaran single terbarunya, Break, hari ini.