Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-31, pelakon dan usahawan, Fazura menitipkan ucapan istimewa kepada Fattah Amin.
Dedikasi isitmewa itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram.
Bintang filem Dendam Pontianak ini menyifatkan pelakon berkenaan sebagai seorang suami yang hebat.
Pada masa sama, Fazura mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta kesetiaan Fattah untuk sentiasa berada di sisinya.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan dunia akhirat.
“Happy birthday to my wonderful husband and Fatima’s daddy. Thank you for everything you do, for your patience and for showering us with your love all day and all night.
“We pray that may Allah SWT always keep you safe in his guidance and bless you with barakah and everything you desire in dunya and akhirah. We love you so much. @fattahaminz,” tulisnya.
Pelakon, Fazreen Rafi memaklumkan keadaan dirinya kini kurang sihat sehingga terpaksa membuang air besar lebih 50 kali.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu pelakon berusia 36 tahun itu berkemungkinan mengalami jangkitan kuman di bahagian perutnya dan bakal melalukan ujian susulan.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata mengharapkan tiada masalah kesihatan serius bakal berlaku.
“Pertama dalam sejarah hidup, buang air besar lebih 50 kali. Sampai tak tahu dah nak buang apa lagi. Doktor cakap ada infection dalam perut, esok akan ‘scope’.
“Hopefully tak ada apa-apa yang serious,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon drama bersiri Titian Takdir itu kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril berkongsi mengenai cabaran yang dihadapinya setelah bergelar bapa kepada dua cahaya mata.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Say mengakui bukan satu perkara mudah untuk menguruskan dua orang anak, lebih-lebih lagi ketika isterinya, Dr. Azura menjalani tempoh berpantang.
Kongsinya, dia turut melakukan beberapa perubahan terhadap aktiviti dan rutin harian dirinya.
“Topik : Pengorbanan Sesuatu Yang Dicintai Bila sy balik Bangi baru2 ni parents sy tanya “so boy, macam mana experience handle dua anak?” jawapan sy “fuuuh, tak mudah mak ayah”. N betul, ia sikit pun tak mudah tapi apa yg sy perasan it is easier compared to masa kami berpantang time Ace dulu.
“Mungkin pengalaman yg lepas mematangkan kami & colic + witching Sef tak seteruk Ace dulu. Hari ni Sef dah masuk hari ke-40 dan terus terang cerita it gets way easier. Tidur dia dah makin ikut timezone Malaysia & colic makin terkawal, senang kata Alhamdulillah lebih senang berbanding dulu.
“Doc ada moment yg doc koyak tak?”. Tipu kalau sy cakap sy tak koyak. Macam sy cerita sy teman bini berpantang kat rumah until today & kerja sy sekarang mostly kena buat video kat rumah.
“I made a target “no work lepas Ace habis sekolah” jadi masa siang sy perlu digunakan sehabis baik. Kadang2 bila nak buat video, baby nangis & bini tengah mandi takkan sy nak buat dungu & biar baby nangis ja maka sy layan baby jap,” tulisnya.
Selain itu, Say memberitahu suami memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab untuk bersama-sama membantu isteri yang sedang berpantang selepas bersalin.
“Bini tertidur kepenatan, baby nangis, takkan nak kejut bini cakap “tu baby bangun tu” maka sy layan baby jap. Time constraint ni kadang2 semestinya buat sy koyak tapi hiring a manager lepas kelahiran Sef ni kao kao membantu.
“Satu lagi yg sy perasan what made it easier is apabila sy korbankan main Mobile Legends sy. Bunyi macam “apa daa tua2 main game” tapi sy cukup cinta ML sekuat lelaki lain menyintai EPL/ La Liga/ Serie A/ F1 Grand Prix mereka.
“Awal2 bila tak dapat main, sy cukup resah namun bila sy slowly let it go, ternyata banyak masa sy dapat spend dekat anak2 & kerjaya sy.
“Kesimpulan cerpen sy arini, tak mudah menjaga anak namun bila kita korbankan sesuatu demi anak tercinta biarlah sedungu2 kurangkan/ berhenti main mobile game, pasti Allah permudahkan jalan kita & perbanyakkan rezeki kita,” tulisnya lagi.
Sehingga ke hari ini, nama atlet jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly terus menjadi perhatian di media sosial.
Bukan hanya keunggulannya kerana menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, tetapi figura Abdul Latif turut ‘memancing’ mata ramai.
Menerusi laman Twitter misalnya, seorang pengguna membuat perbandingan foto sewaktu atlet berkenaan bertanding di sukan Paralimpik Rio 2016 ketika dia berusia 19 tahun bersama wajah terkini di Paralimpik Tokyo 2020.
Terbang Latif Terbang! Congrats Abdul Latif Romly, third 🥇 for Malaysia. #GanbatteMalaysia
Sementara itu selain Abdul Latif, kontinjen paralimpik negara turut membawa pulang dua lagi pingat emas iaitu masing-masing menerusi pemain badminton Cheah Liek Hou dan atlet angkat berat, Bonnie Bunyau Gustin.
Foto: Instagram Latif Romly, Majlis Sukan Negara Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.