Mia Ahmad mendedahkan menerusi Instagram miliknya, bahawa dia hamil sebulan selepas mengalami keguguran kandungan pertama pada akhir tahun lalu.

Malah, dia turut berkongsi mengenai tips kehamilan khusus buat wanita yang pernah mengalami keguguran menerusi Instagram story (IG Story).

Mia Ahmad Kongsi Tip Hamil Selepas Sebulan Keguguran, Minta Permudahkan Proses Bersalin

IKLAN

“Saya banyak terima soalan ini, saya hamil sebulan selepas keguguran. Tip saya ialah kena jaga pantang betul-betul kepada yang pernah mengalami keguguran.

 

“Mengetahui tahap kesuburan, ambil vitamin serta makan makanan yang berkhasiat,” katanya yang kepada Mstar

 

IKLAN

“Saya minta anda semua doakan proses bersalin saya berjalan lancar. Saya doakan anda juga dapat rezeki daripda Allah”, ujarnya

 

Dia juga turut meminta peminat-peminatnya agar sentiasa doakan kesihatan bersama kandungan selama proses kehamilan ini.

IKLAN

MH mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan berharap agar Mia Ahmad lebih berhati-hati dalam melakukan kerja.

Foto : Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI