Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang bertindak merakam serta menyunting videonya tanpa kebenaran sewaktu menyertai acara sukan, baru-baru ini.

Menurut Hawa, individu tersebut didakwa telah menyunting video tersebut dalam keadaan yang kurang sopan.

“Tindakan Itu Tidak Beretika,” – Hawa Rizwana Kesal Video Bersukan Dirakam Tanpa Izin… Tolong Hormat!

“Saya ada sertai satu acara sukan untuk merasai sendiri pengalaman baharu. Sebelum ini, saya hanya aktif dalam sukan berlari dan pernah sertai acara half-marathon.

“Kali ini, kawan-kawan ajak saya sertai acara yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Ia acara sukan berganti-ganti campuran di antara lelaki dan wanita.

“Pada saya, merakam video itu perkara biasa. Malah, saya juga ada mengambil video kenangan di acara tersebut. Saya okay sahaja kalau orang nak ambil video saya.

Ads

“Namun, baru-baru ini, saya dapat tahu ada yang merakam video saya dan menyuntingnya agar kelihatan tidak sopan dan merendahkan maruah seorang wanita,” katanya kepada MH.

Hawa berkata demikian ketika ditemui di program MeleTOP dan dia turut menyatakan rasa kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut yang jelas mencemarkan imejnya di mata masyarakat.

“Tindakan Itu Tidak Beretika,” – Hawa Rizwana Kesal Video Bersukan Dirakam Tanpa Izin… Tolong Hormat!

Ads

“Video tersebut secara tak langsung membuatkan orang luar mempunyai perspektif yang berbeza mengenai saya. Saya merasakan tindakan tersebut tidak beretika.

“Ketika di acara tersebut, saya sangat gementar. Fizikal saya tidaklah terlalu kuat. Bukan mudah nak berlari 500 meter dan mengangkat bola beban seberat 12 kilogram.

“Saya tak tengok video tersebut dan hanya diberi tahu oleh kenalan. Pada saya, cara ini salah. Kita sepatutnya menghormati antara satu sama lain,” kongsinya lagi.

Ads

Sedia Ambil Tindakan

Mengulas lanjut, Hawa menegaskan dia tidak akan berdiam diri jika perkara seperti ini kembali berulang dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.

“Tindakan Itu Tidak Beretika,” – Hawa Rizwana Kesal Video Bersukan Dirakam Tanpa Izin… Tolong Hormat!

“Pada saya, setiap perkara itu ada batasnya. Kalau sudah melampau, saya akan mengambil tindakan.

“Bagaimanapun, buat masa ini, saya masih lagi boleh bertolak ansur dalam isu ini. Mungkin niat individu tersebut nak bergurau. Saya belum lagi nak ambil tindakan,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads