Pelakon, Aprina Manrose mengakui hampir putus asa apabila kurang mendapat tawaran berlakon diawal pembabitannya dalam dunia seni.

Katanya, dia terpaksa menghubungi ramai pengarah dan penerbit untuk mendapat tawaran berlakon walaupun hanya watak sampingan.

“Saya dah ceburi bidang lakonan hampir lima tahun. Tapi nama saya naik sangat lambat. Tiga tahun pertama amat mengecewakan. Saya terpaksa telefon pengarah dan penerbit untuk dapatkan job.

IKLAN

“Sampai satu tahap saya putuskan untuk berhenti dan pilih untuk berkahwin. Kemudian, rezeki saya semakin bertambah selepas tiga bulan saya berkahwin.

“Akhirnya saya ditawarkan watak yang menyerlahkan bakat saya iaitu sebagai antagonis seterusnya pelakon utama” katanya kepada MH.

IKLAN

Tambah Aprena, suaminya tidak kisah dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon asalkan tahu menjaga batas sebagai seorang wanita berkahwin.

“Suami saya tak kesah langsung sebab dia tahu ini yang saya inginkan selama ini. Saya akan merujuk suami saya dahulu dalam setiap watak yang ditawarkan kepada saya,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Aprena mengakui ingin mengembangkan lagi bakatnya dalam dunia nyanyian jika diberikan kesempatan.

Foto: Instagram Aprena Menrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI