Sedar tak sedar, kita pun dah memasuki bulan Ramadan yang mulia ini. Sekejap sahaja masa berlalu kan?

MH pasti antara aktiviti yang umat Islam di Malaysia tak sabar nak lakukan semasa bulan puasa ini adalah pergi ke bazar ramadan dan juga berterawih. Masa ini lah nak kutip pahala banyak-banyak kan?

‘Tidur Setengah Hari, Main Game & Baca Al-Quran’ – Antara Perkara Wajib Dilakukan Tajul Di Buat Bulan Ramadan

IKLAN

Semalam, dalam kesempatan MH bertemu dengan penyanyi, Tajul semasa Majlis Pelancaran Lagu ‘Girang Syawal Tiba’ Di Mydin Subang Jaya, MH ada tanyakan aktiviti-aktiviti yang sering dia lakukan semasa bulan puasa.

“Aktiviti yang sering saya lakukan adalah tidur setengah hari, sebab kalau tidur ‘full day’ batal pula puasa nanti, kemudian bila bangun, saya akan main game kat telefon, baca buku, dan juga baca al-Quran.

“Di sebelah petang pula akan ke bazar, cari juadah berbuka puasa. Selalunya 3 benda wajib beli adalah air jagung, murtabak dan kuih-kuih.

“Tapi yang paling penting adalah air sebab haus kan,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam perkembangan lain, Tajul bakal muncul dengan mini albumnya yang mengandungi 5 buah lagu termasuklah lagu ‘Sedalam-Dalam Rindu’ dan lagu barunya, ‘Hasrita’.

IKLAN

‘Tidur Setengah Hari, Main Game & Baca Al-Quran’ – Antara Perkara Wajib Dilakukan Tajul Di Buat Bulan Ramadan

IKLAN

Sementara itu, Tajul juga bakal muncul dalam sebuah telemovie pada awal Jun nanti bertajuk ‘Tergantung Rindu’ disamping Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.

Ketika disoal sama ada tidak takut dikecam kerana berlakon di samping Wany Hasrita, ini adalah responnya.

“Tak, sebab itu adalah kerja. Tak kan saya nak tolak rezeki pula, orang dah bagi kan? Apa orang nak cakap, saya dah bersedia dan okay sahaja,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI