
Pelakon dan usahawan, Ben Ali, mengimbau detik awal penghijrahannya ke Kuala Lumpur dari kampung halaman di Perlis ketika usianya baru mencecah 16 tahun.
Menurut Ben, pada waktu itu dia tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan terpaksa mengharungi kehidupan serba kekurangan demi mencabar diri untuk hidup berdikari.

“Saya ke Kuala Lumpur ketika usia 16 tahun dari Perlis. Cabar diri nak cuba hidup berdikari. Ada ketika terpaksa tidur di cyber cafe dan masjid.
“Semua masjid di Kuala Lumpur saya pernah tidur sewaktu umur 16 hingga 17 tahun. Pernah juga kena samun di merata tempat. Lepas satu-satu masalah datang kepada saya,” kongsinya.
Kenangan tersebut diceritakan bintang kelahiran program Hero Remaja 2012 itu menerusi sebuah hantaran di Threads, baru-baru ini.
Pahit Getir Kehidupan Membentuk Jati Diri
Jelas Ben lagi, segala kesusahan yang dilalui ketika zaman remaja itu banyak mematangkan dirinya serta mengajar erti kehidupan yang sebenar agar tidak terlalu mendongak ke langit.

“Dan sekarang 20 tahun kemudian, Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan keputusan yang saya buat 20 tahun dahulu. Pengalaman dan kesusahan mengajar saya erti sebenar pahit getir dan realiti kehidupan,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, selepas aktif dalam bidang lakonan, Ben Ali kini turut mengembangkan kerjayanya sebagai penganjur program di bawah jenama Absolut Events & Management.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




