Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja bercerai talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan adalah yang paling besar dalam hidupnya.
“Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya.
“Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.
“Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding cerai sebentar tadi.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga.
“Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo.
“Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil.
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan, Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar.
Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.
Pelakon Syafie Naswip mengakui ikatan pertunangannya dengan Aishah Azman telah pun putus di tengah jalan.
Bintang filem Songlap ini juga mengesahkan ikatan yang hanya bertahan tiga bulan itu bagaimanapun bukan putus disebabkan orang ketiga.
Bagaimanapun, Aishah seperti yang dipetik mStar pula mempunyai jawapan tersendiri.
Aishah menjelaskan dia memerlukan masa untuk bersendiri selepas ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip terlerai beberapa hari lalu.
“Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu.
“Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja,”katanya seperti yang dipetik.
Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika Azman Shah ini juga berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
“Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya,” pinta Aishah.
Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangan dengan Aishah sudah terlerai.
Syafie juga memberitahu keputusan berat itu dibuat bukan berpunca daripada orang ketiga atau masalah keluarga namun ia atas persetujuan bersama.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, 7 April lalu.
Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.
Foto : Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pergorbanan dan kasih sayang tetap berterusan demi anak tercinta. Itu yang dilalui oleh bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abd. Karim yang nyata kuat dan reda atas ketentuanNya.
Mungkin masih ada yang tidak mengenali dengan usahawan yang bernama Mawar ini.
MH sediakan trivia menarik mengenai Mawar yang mungkin tidak diketahui ramai.
1.Nama sebenarnya Mawar Abd. Karim dilahirkan pada 5 Jun 1990 dan merupakan anak jati Pulau Pinang.
2.Mawar merupakan anak kepada usahawan perniagaan tudung yang terkenal, Fareeda dan legasi perniagaan turut diteruskan ibu tunggal ini.
3.Sebelum ini, Mawar pernah mencuba nasib model muslimah dan pengacara sebelum menceburi dalam bidang keusahawanan sebagai pengurus pemasaran jenama tudung Fareeda secara serius.
4.Mawar semakin dikenali apabila dia telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon yang juga finalis Hero Remaja, Fizo Omar pada 10 November 2013. Keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
5.Sebelum Mawar bergelar seorang ibu, dia dilaporkan pernah menghidap penyakit ‘Endometriosis’ atau lebih sinonim dengan nama ‘Cyst’ iaitu sejenis penyakit yang berkaitan sistem reproduksi wanita.
Lalu, Mawar telah menjalani pembedahan pembuangan Cyst setahun sebelum dia disahkan hamil oleh doktor, seperti yang dipetik Majalah Nona.
6. Pada tahun 2016, perniagaan tudung Fareeda milik Mawar pernah menjadi tular di laman media sosial gara-gara hampir 2000 pengunjung telah menyerbu butik tudung tersebut yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
7. Aktif di laman media sosial, Mawar gemar berkongsi gambar dia bersama anaknya dan sehingga kini Mawar telah mempunyai 780 ribu pengikut.
8.Mahligai cinta yang dibina oleh Mawar telah menemui noktah apabila dia dan suaminya telah disahkan bercerai pada 10 Julai lalu kira-kira jam 10.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...