Ads

“Tidak Sama Sekali,” – Ambil Fattah Amin Punca Rugi? El Azman Tampil Bidas, Dedah Jualan Melonjak 100%

Usahawan, El Azman tampil menafikan dakwaan bahawa perniagaan baju Melayu yang diusahakannya mengalami kerugian gara-gara mengambil pelakon Fattah Amin sebagai duta.

Sebaliknya, El yang juga pengasas jenama Elrah mendedahkan, perniagaannya mencatatkan keuntungan berganda selepas penglibatan bintang terkenal itu bersama beberapa lagi duta lain.

Antara selebriti yang turut terlibat sebagai duta termasuk jaguh Muay Thai, Johan Ghazali dan keluarga, penyanyi Joe Flizzow, pempengaruh media sosial Aya Balqis serta pemain bola sepak Arif Aiman.

Dakwaan Rugi Disangkal, Jualan Sebenar Lebih Memberangsangkan

El turut menambah, dakwaan yang tular di platform Threads mengenai kerugian perniagaan adalah tidak berasas memandangkan prestasi jualan pada tahun ini menunjukkan peningkatan sangat ketara.

Ads

“Tidak sama sekali. Kalau sebelum ini kita tengok dekat Threads ada yang cakap Elrah bakal berdepan kerugian teruk tahun ini sebab ambil Fattah Amin sebagai duta.

“Tapi ia tidak berlaku. Elrah tahun ini mencatat keuntungan yang lebih besar berbanding tahun lalu.

“Untuk pengetahuan, tahun ini kali pertama jualan butik kami meningkat 100 peratus sepanjang lima tahun beroperasi. Duta yang diambil ini semuanya memang hebat,” katanya.

Ads

“Tidak Sama Sekali,” – Ambil Fattah Amin Punca Rugi? El Azman Tampil Bidas, Dedah Jualan Melonjak 100% “Tidak Sama Sekali,” – Ambil Fattah Amin Punca Rugi? El Azman Tampil Bidas, Dedah Jualan Melonjak 100% “Tidak Sama Sekali,” – Ambil Fattah Amin Punca Rugi? El Azman Tampil Bidas, Dedah Jualan Melonjak 100%

Fattah Amin Dipuji Profesional, Mudah Bekerjasama

Dalam pada itu, El turut berkongsi pandangannya mengenai keperibadian Fattah Amin yang disifatkan sebagai seorang individu yang baik dan profesional.

Ads

Menurutnya, kehadiran Fattah sebagai duta turut memberi impak positif terhadap jenama Elrah, termasuk menarik sokongan daripada peminat setia aktor tersebut.

“Bagi saya, Fattah mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Apabila saya umum sahaja dia sebagai duta, memang ramai yang sokong dan beli baju Elrah.

“Dia memang seorang lelaki yang baik. Kalau sebelum ini Elrah kena boikot, tapi disebabkan ambil Fattah, orang sudah tidak lagi boikot. Memang senang bekerjasama dengan Fattah ini,” ujarnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Dalam ‘Tak Terjawab’, Filem...

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’. Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...
error: Hello. Cannot.