Gara-gara memuat naik video berparti menyambut ambang 2018 ketika bercuti, Fara Mendoza telah dikecam teruk oleh netizen.

Dengan berpakaian yang terlalu seksi dan menari di sebelah Safiey Ilias, Fara digelar dengan macam-macam gelaran.

‘Tidak Mahu Hipokrit’ – Fara Mendoza Jawab Isu Berpakaian Seksi

Bagaimanapun melalui sebuah posting di Instagram Fara ada meminta orang ramai untuk berhenti melabelkan dan menilai dirinya hanya kerana kehidupannya tidak sama seperti orang lain.

IKLAN

Malah dia meminta orang ramai sentiasa doakan yang baik-baik dan pikir yang baik –baik sahaja.

Dalam masa yang sama, Fara yang telah dihubungi sendiri oleh Utusan Online memberitahu dia langsung tidak terusik dengan kata-kata yang dilemparkan oleh netizen di lama sosialnya.

IKLAN

Menurutnya, berpakaian seksi itu adalah caranya dan tidak mahu menjadi orang hipokrit dan menerima mereka yang cuba memberi nasihat kepadanya dengan cara yang betul.

☺️#KalutBar #Langkawi #311217

A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza) on

IKLAN

“Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” jelasnya kepada Utusan Online.

Tambahnya, dia tidak akan memadam kata-kata kecaman atau block sesiapa, sebaliknya hanya membiarkan sahaja kerana adalah pilihan mereka untuk tidak mengikutinya jika tidak suka caranya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI