Penyanyi, Datin Alyah mengakui pernah rasa putus asa sepanjang bergelar anak seni, apabila mengenangkan susah payahnya untuk berada pada tahap sekarang.

Katanya, terdapat beberapa sebab dia berperasaan sedemikian.

Antaranya adalah disebabkan komen-komen negatif netizen.

“Jadi saya cuba nak dedahkan kat mana saya pergi dalam segala apa hal mengenai keseimbangan penyanyi baru dan lama.

Kita bermula dengan penyanyi baru, kemudian ada senior dan juga super senior, semua kena balance. Benda itu antara yang membuatkan saya down kadang-kadang.

“Kemudian, faktor komen netizen. Bukan saja pada saya, tap artis lainnya juga. Dulu, masa mula-mula masuk industri, saya tak pernah tahu orang kutuk saya, sekarang terang-terangan mereka kutuk, boleh baca.

IKLAN

“You build your career up selama 18 tahun dengan orang-orang yang tak pernah tengok u kat bawah, tiba-tiba kena baca komen-komen orang yang tak appeciate you langsung,” katanya kepada MH.

“Tiba-Tiba Baca Komen Orang Yang Tak ‘Appreciated’ You Langsung…,” – Datin Alyah Mengaku Pernah Rasa ‘Down’

Terdahulu, penyanyi Jutaan Purnama ini ditemui sejurus selesai rakaman program The Stage Media Hiburan baru-baru ini.

IKLAN

Pada masa sama, Alyah turut mengakui apa yang dicapai dalam seni tiada tolok bandingnya.

“Akan tetapi saya percaya, kita kena baca juga komen negatif demi memperbaiki diri. Cuma, kena bijak lah, pengorbanan untuk jadi anak seni ni, you tak boleh bayar dengan duit, hanya dengan satu komen tu lebih mudah kalau tak perlu baca,” terangnya kepada MH.

Tambahnya lagi, dia juga kini lebih banyak ‘go with the flow’ sahaja dalam industri.

IKLAN

Sementara itu, Alyah di bawah pengurusan Warner Music turut berkongsi perkembangan terbarunya.

“Saya masih lagi dalam rangka promosi lagu Jutaan Purnama yang dikeluarkan tahun ini, kemudian saya juga kini sedang merangka perancangan untuk tahun hadapan.

“Mungkin akan ada album baru, showcase, kita tengok macam mana, moga-moga apa yang dirancang akan jadi kenyataan,” katanya lagi.

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 18 October 2018

Foto/Instagram: Datin Alyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI