Ads

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal Pertama Tanpa Anak-Anak, Akui Rasa Janggal

Bekas isteri kepada Nubhan Ahamad iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek enggan terlalu mengikutkan perasaan sedih apabila buat pertama kalinya dia tidak menyambut hari raya pertama bersama anak-anak.

Bagaimanapun, Afifah memaklumkan dia akan memanfaatkan kesempatan ini untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi dengan saudara mara yang jarang ditemui.

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal Pertama Tanpa Anak-Anak, Akui Rasa Janggal

“Tahun ini, hari raya pertama, saya akan beraya bersama keluarga. Anak-anak pula akan beraya dengan abahnya dahulu. Raya kedua barulah mereka beraya dengan saya.

“Tahun ini, kita beraya solo dan single dahulu. Saya okay sahaja, kita nikmati sahaja momen ini. Kini saya dapat luangkan masa yang lebih bersama keluarga.

“Saya juga jarang berjumpa dengan keluarga di belah Kuantan. Mungkin ini masa yang sesuai,” katanya kepada MH.

Dalam masa sama, Afifah yang juga seorang doktor gigi mengakui suasana menyambut Syawal pada tahun ini pasti berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal Pertama Tanpa Anak-Anak, Akui Rasa Janggal

“Perasaannya pasti akan janggal sedikit. Orang lain boleh bergambar dengan keluarga. Saya pula nak bergambar dengan siapa? Mungkin sorang-sorang sahaja.

Ads

“Namun, alhamdulillah, saya masih ada ibu bapa dan adik-beradik yang masih belum berkahwin.

“Mungkin tahun ini tiada suasana riuh nak bergambar beramai-ramai dengan anak-anak. Tak mengapalah saya tunggu raya kedua sahaja.

“Bila bercakap soal anak ini, ia akan jadi sedih sedikit. Sebelum ini, kita sudah terbiasa siapkan anak-anak. Tahun ini, suasananya pasti akan berbeza bila saya tak perlu siapkan anak.

“Saya siapkan diri saya sahajalah. Mungkin solekannya lebih hebat. Dahulu, tiada masa sangat,” selorohnya.

Reaksi Anak-Anak & Hubungan Baik Demi Masa Depan

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak apabila terpaksa beraya secara berasingan dengan ibu dan ayah, Afifah memaklumkan setiap daripada mereka mempunyai reaksi tersendiri.

Ads

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal Pertama Tanpa Anak-Anak, Akui Rasa Janggal

“Penerimaan anak sulung, dia macam tak kisah sangat. Janji dia dapat beraya, melukis dan duit raya, itu pun sudah buat dia sangat gembira.

“Anak kedua pula, dia agak sensitif. Soalan-soalan dia agak panas. Dia tanya ‘ibu tak beraya dengan abah ke? Dah tak sayang abah?’.

“Anak ketiga pula masih kecil. Dia tak bertanya sangat. Dia gembira dengan hal-hal dia sahaja,” kongsinya lagi.

Walaupun sudah berpisah, Afifah tetap berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.

Ads

“Tiada Suasana Riuh Bila Nak Bergambar,” – Dr. Afifah Sambut Syawal Pertama Tanpa Anak-Anak, Akui Rasa Janggal

“Jika anak-anak bertanya, saya hanya akan menjawab seperti biasa sahaja. Bukanlah nak kata saya tak berlaku jujur pada anak-anak. Nubhan tetap bapa kepada anak-anak saya. Saya sayang dia seperti dia bapa kepada anak-anak saya.

“Saya tidaklah nak menunjukkan rasa benci atau tak suka kepada suami depan anak-anak. Pada akhirnya, saya pernah bersama dengan dia. Dia bapa kepada anak-anak saya.

“Jika dia gembira, saya pun gembira,” akhirinya.

Terdahulu, Afifah dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai talak dua pada 2 Disember lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Akan Kongsi Bilik Dengan Adik,” – Semua Menantu Bakal Pulang...

Pelakon, Kamal Adli menyifatkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza selepas dia dan bekas isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose...
error: Hello. Cannot.