Uncategorized

‘Tiada Motif Jumpa, Saya Cuma Ingin Membantu’-Rita Jelas Sebab Jumpa Intan Liana

Share

Pelakon, Rita Rudaini menjelaskan sebab mengapa dia bertemu dengan Intan Liana Saleh yang merupakan bekas isteri pemuzik bebas, Ude.

Katanya, dia berkawan baik dengan kakak Intan iaitu Roza dan rakannya ada meminta bantuannya berkaitan dengan hal urusan melibatkan mahkamah.

“Sebenarnya tiada motif pun. Saya kawan dengan semua orang, mereka meminta bantuan saya memandangkan akan ke mahkamah pada 22 Mac lalu.

“Sebab itulah kami berjumpa, saya terangkan pada mereka apa yang boleh mereka tuntut dan kemudian kongsi pengalaman di mahkamah,”katanya ketika ditemui di sidang media, Oh My Family di The Forum,The Signature Hotel & Serviced Suites, semalam.

Tambah Rita lagi, dia tidak keberatan untuk membantu dan berkawan dengan semua orang.

“Orang minta tolong, saya tolong sahajalah tapi saya tidak masuk campur dengan urusan mereka.

“Saya cuma membantu dari segi kongsi pengalaman dan juga nasihat apa yang perlu.

“Lagipun orang yang minta bantuan tu kenalan agak rapat dan bila mereka minta ingin bergambar saya okay sahaja, tiada apa yang perlu disembunyikan,”katanya lagi.

Sebelum ini, foto Rita bersama dengan Intan yang dimuat naik di laman Instagram.Susulan daripada itu, netizen ada yang memberikan kecaman kepada Rita.

Sementara itu, Rita mengakui bahawa dia tidak mengambil tahu kecaman orang ramai terhadapnya mengenai isu foto tersebut.

 

“Saya tak tahu la orang kecam lagi ke tak, selalunya orang yang bagitahu apa yang berlaku. Saya ni buka blog pun tak tahu.

“Tapi stress juga dibuatnya. Saya dah lah banyak benda nak fikir, anak lagi. Orang sekeliling pandang lain.

“Cuma bila keadaan dah terlalu teruk itu yang buat saya bersuara,”katanya.

IKLAN