Irma Hasmie bukanlah nama baru, kehadiran dirinya dalam industri seni satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan dengan penampilannya yang cantik dan popular sebagai pelakon, pengacara serta model, Irma mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, sejak mendirikan rumahtangga pada 2012 dan bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata nama Irma Hasmie terus tenggelam dari industri hiburan tanah air.
Irma Kini Fokus Kerja Sukarelawan Kejar Saham
Malah, kini Irma lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, serta fokusnya lebih tertumpu kepada kerja-kerja sukarelawan Islam, mengacara dan juga menyediakan modul latihan.
MH berkesempatan menemubual personaliti jelita ini mengenai perkembangan terbaharunya, serta sudut pandang dirinya dalam melalui perubahan dalam kehidupan.
Sudah berhijab sejak 2011, Irma berkongsi tentang kisah perubahan serta penghijrahan ke arah lebih baik yang dimiliki olehnya.
Ads
“Fitrah manusia hendak jadi lebih baik, tiada manusia yang hendak jadi lebih jahat. Kalau dia sudah baik pun dia mahu menjadi lebih baik. Perasaan itu sentiasa ada bagaimana kita hendak upgrade diri kita.
“Perubahan ini subjektif, bukan hanya dari bertudung kepada tidak bertudung, sebenarnya ia merangkumi semua aspek dari segi performance dan kerja, peribadi dan pendidikan. Kita sentiasa hendak jadi lebih baik,” kongsinya penuh makna.
Hidayah Lebih Bermakna Jika Dicari
Ads
Kebiasaan yang biasa kita dengar, apabila seseorang berubah ke arah lebih baik, sering dilabel sebagai bertuah kerana berjaya memperoleh serta dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Namun, lain pula persepsi bagi wanita anggun ini. Menurut Irma hidayah itu sifatnya lebih berharga dan akan dihargai apabila kita berusaha sebaik mungkin untuk mencarinya.
“Ada sesetengah orang rezeki mereka sangat indah dan baik yang mana mereka tidak perlu mencari hidayah. Cumanya, kalau mereka tidak mencari hidayah, adakah mereka grab peluang itu atau tidak.
Ads
“Kadang-kadang kita terlepas sebab kita tak ambil peluang sewaktu Allah petunjuk dan hidayah. Pada orang yang berusaha pula apabila mendapat hidayah dan petunjuk mereka merangkul peluang tersebut.
“Bagi saya perkara itu mungkin lebih baik, mungkin kerana ada pro dan kontra dalam perjalanan kehidupan. Dalam agama pun ada mengajar kita takkan boleh ubah seseorang kecuali dia ubah diri dia sendiri. Jadi nak berjaya kita kena ubah diri kita,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui tidak tahu menahu mengenai penyebaran notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.
Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana konsisten melakukan bayaran setiap bulan melalui agen yang dilantik.
“Tuduhan merepek, kalau betul mesti saya dapat dahulu notis tersebut. Saya tidak terkejut sebab saya tidak pernah lari daripada membayar cukai.
“Saya membuat pembayaran cukai menerusi agen hampir RM50,000 secara peribadi untuk sebulan.
“Apapun saya saya serahkan perkara ini kepada agen yang dilantik,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk kecantikkan Serum Cekang Jelita dibawah jenamanya by RCW di Glam Hall, Damansara Perdana pada Rabu.
Tambah Che Ta, dia mengakui sebelum ini dia pernah berdepan dengan masalah berkenaan cukai pada 2014 apabila ditahan di lapangan terbang KLIA sebelum berlepas London, England.
“Saya pernah berdepan isu cukai sampai di tahan di lapangan terbang, tetapi itu lama dahulu sekarang saya memang bayar cukai.
“Saya tidak mahu mahu layan benda ini kerana bukan masalah saya,” kata Che Ta.
Bercakap mengenai produk terbaharunya ini, Che Ta memaklumkan fokusnya adalah untuk membantu semua wanita tampil cantik dalam aspek penjagaan kulit wajah terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
“Saya menghasilkan serum Cekang Jelita bagi membantu wanita merawat kulit wajah selain mampu melembab, mencerah dan menegangkan kulit wajah mereka
“Kebanyakkan produk di pasaran memang fokus kepada kecantikkan tapi tak semua wanita mampu memilikinya. Saya nak semua wanita mampu menjadi cantik.
“Umum mengetahui produk saya memang mampu milik. Saya nak buang stigma ‘tak cantik sebab tiada duit’. Saya tak kejar margin untung yang tinggi tapi fokus saya pada kuantiti.
“Kami sasar untuk melancarkan lima produk sebelum Hari Raya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza marakamkan ucapan penghargaan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang akan menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
Menurut Siti, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah banyak mencurahkan bakti dan meninggalkan kenangan manis buat seluruh rakyat Malaysia.
“Patik sebagai rakyat Malaysia dan orang Pahang ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana Tuanku berdua telah banyak memberikan kenangan manis dan kebaikkan sepanjang Tuanku berdua memerintah,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cindai itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan semoga Seri Paduka dan Tunku Azizah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada di dalam lindungan Allah SWT.
“Rakyat Malaysia pasti akan merindui Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua. Doa patik dan seluruh rakyat Malaysia semoga Tuanku berdua akan terus dilindungi Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik.
“Sebagai orang Pahang, patik bangga kerana Tuanku berdua telah berikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ampuan Tuanku, kita jumpa di Pahang,” katanya lagi.
Hari ini negara akan menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke negeri Pahang.
Setelah lima tahun menjalankan amanah memayungi negara, keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuatkan rakyat jelata turut berduka.
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar duka menyelubungi keluarga penyanyi popular Khai Bahar apabila ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 62, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 10.40 malam tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Jai menerusi hantaran di ruangan InstaStory.
“Salam, saya pengurus (Jai) mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
“Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat fardu Zohor diikuti dengan pengebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” ujarnya.
Sebelum ini penyanyi berusia 29 tahun itu pernah berkongsi bahawa ibunya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan perlu menjalani rawatan dialisis.
Semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...