Uncategorized

Tiada Lagi “Noot-Nooot”, Pencipta Kartun Pingu Meninggal Dunia!

Share

Sebut sahaja kartun Pingu pasti ramai terbayang kecomelan kartun yang tidak berdialog popular sekitar tahun 2000. Namun baru-baru ini industri hiburan telah digemparkan dengan berita pemergian pencipta kartun comel ini iaitu, Tony Wolf atau nama sebenarnya Antonio Lupatelli.

Ya, penciptanya memang kurang dikenali namun suaranya cukup popular dikalangan individu yang lahir sekitar tahun 90-an dengan sebutan “noottt-nooott”. MH difahamkan Tony telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lepas pada usia 88tahun.

Apa yang menyentuh perasaan, ada beberapa individu mencipta poster khas memperingati Tony dengan bertemankan watak Pinggu yang sentiasa berjaya mencuit hati penonton dengan mesej yang cukup mendalam.

Kalau korang nak tahu, kartun Pingu ini sebenarnya berasal daripada Itali dan mempunyai mesej yang cukup positif. Selain mengajar kita tentang erti persahabatan, Pingu juga menyentuh mesej kekeluargaan yang memang menusuk hati.

 

IKLAN