Selepas 10 tahun digandingkan dalam segmen pagi Era, jenama JoHaRa kini digantikan dengan 3 Pagi Era yang menampilkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.
JoHaRa sebelum ini menggandingkan tiga penyampai popular iaitu Johan, Hanif Hamzah dan Ray.
Pengumuman itu dibuat pada majlis sidang media Pengenalan Personaliti Baharu Era yang berlangsung Tiffin At The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pengurus Saluran Era, Hani Fadzil berkata kali ini Era menampilkan perubahan beberapa segmen seperti 3 Pagi Era, 101 Era dan Daebak Era.
Bercakap mengenai gandingan tiga trio baharu penyampai pagi itu, Hani menjelaskan pihaknya cuba membawa kelainan dengan memperkenalkan hiburan infotainment bagi memenuhi selera pendengar.
“Pihak Era merasakan sudah sampai masanya untuk kami bawa perubahan baharu untuk para pendengar yang selama ini menyokong kami sehingga menjadikan Era terus kekal sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia.
Ads
“Saya percaya gandingan Nabil, Azad dan Radin ada kekuatannya tersendiri.
“Kita tak boleh lari kalau orang buat perbandingan dengan JoHaRa tapi kehadiran Nabil, Azad dan Radin bukan untuk menggantikan mereka, sebaliknya terus menyambung legasi JoHaRa,” katanya kepada MH.
Bercakap mengenai ketiadaan Johan dalam keluarga besar Era, Hani berkata mereka telah berbincang dan akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
“Kedua-dua pihak sudah berbincang dan bersetuju untuk membawa haluan masing-masing,” katanya.
Ads
Hanif dan Ray masih lagi kekal berada dalam keluarga Era mengendalikan segmen 101 Era yang bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam.
Muka baharu yang turut ditampilkan ialah finalis Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris yang akan bergandingan dengan Munabella menerusi segmen Daebak Era.
Daebak Era yang mengetengahkan lagu-lagu hits Kpop bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Ads
Pelawak Daniel Zaini pula akan mengendalikan segmen Port-Era, bersiaran Isnin hingga Khamis, jam 10 pagi hingga 1 petang.
Pengacara Isha Norsham diberi peranan menjayakan segmen Gempak Hit Era, yang bersiaran Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang.
Manakala bagi segmen Hujung Minggu di Era pula dikendalikan Zahier Yusoff.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Era.je
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti, Neelofa Mohd. Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz ke Kelantan baru-baru ini bersempena dengan Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.
Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, mereka turut menyumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua ekor daripada baka import jenis Charolais bagi tujuan korban.
Ia seterusnya akan diagihkan kepada golongan asnaf di negeri kelahiran bekas hos MeleTOP itu.
Memetik Utusan Online, Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan turut menerima agihan daging berkenaan.
Tambahnya lagi, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.
“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.
Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.
“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.
“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” katanya.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik momen sepanjang majlis menerusi beberapa lampiran di Insta Story Instagtam miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, nama penyanyi dan penulis lagu terkenal, Datuk M Nasir menjadi bualan hangat warganet apabila ikon muzik tersebut dikaitkan untuk menyertai pasukan esukan, RSG MY.
Pada mulanya, ramai yang menyangkakan perkhabaran tersebut hanyalah gurauan atau ‘prank’ sehinggalah berita itu disahkan apabila nama M Nasir diperkenalkan di laman Instagram rasmi RSG MY.
Memetik laporan Harian Metro, Pengurus Komuniti RSG MY, Mohamad Zawir Zakari memberitahu, nama M Nasir sudahpun didaftarkan sebagai pemain baharu pasukan tersebut.
“Memang kita mendaftarkannya M Nasir sebagai pemain. Selain itu beliau juga berperanan untuk memberi motivasi kepada pemain-pemain lain. Ini memang bukan ‘prank’,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Zawir lagi, keputusan mengambil M Nasir selaku pemain bukanlah dibuat secara terburu-buru sebaliknya hal tersebut memang sudah lama berada didalam perancangan pasukannya itu.
“Memang sudah lama rancang tapi pengumuman ini memang baru lagi. Lagi pun akan ada pengumuman senarai pemain petang ini iaitu siapa yang bakal beraksi di MPL MY musim ke-10,” ujarnya lagi.
Ketika diperkenalkan, RSG MY memuat naik gambar berbentuk kad permainan dengan wajah M Nasir yang dilihat segak memakai jersi rasmi pasukan mereka.
“Mentera Semerah Padi. Seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai pemain Mobile Legends:Bang Bang (MLBB) RSG dengan IGN Sifu!
“Selamat datang kepada salah seorang pemain flex role kami Datuk M Nasir,” kata RSG MY yang pernah muncul juara MPL MY musim ketujuh selepas menumpaskan Todak 4-2.
Ketika ini, kesemua pasukan sedang giat mempersiapkan pemain dan tektikal bagi menghadapi, saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim ke-10 yang bakal bermula tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose menitipkan ucapan indah buat suami tersayang, Mohd Hafez Halimi yang disifatkan sebagai suami terbaik buat dirinya.
Coretan tersebut dikongsikan Nelydia menerusi satu hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram, pada Khamis.
“Syurgaku… terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita menjadi tetamu Allah.
“Niat dan keikhlasanmu untuk kejalan Allah sangat kukagumi. Dia tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah.
“Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya,” tulisnya.
Nely pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur nikmat kerana dapat menunaikan ibadah haji tahun ini.
“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA,” luahnya lagi menerusi paparan kenangan foto yang dirakam pada Hari Wuquf di Arafah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mendoakan agar pasangan ini terus bersama hingga ke akhirnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...