Hanya selepas 4 bulan pasangan Lee Dong-wook dan Suzy mengumumkan hubungan mereka, kini peminat nampaknya harus menerima kenyataan bahawa kedua-duanya tiada jodoh.

Semalam, agensi Suzy, JYP Entertaiment, mengesahkan kedua-dua pelakon tersebut telah berpisah.

“Ya, Suzy dan Lee Dong-wook sudah berpisah. Sebab utama adalah kerana jadual kedua-dua mereka yang padat menyukarkan mereka untuk bertemu.

“Itu menyebabkan hubungan mereka renggang dan lebih senang berpisah,” tulis kenyataan tersebut.

Tiada Jodoh, Lee Dong-wook & Suzy Sah Berpisah!

IKLAN

Sementara itu, agensi Dong-wook, King Kong by Starship turut mengeluarkan kenyataan yang serupa.

“Benar Lee Dong-wook dan Suzy sudah berpisah. Hubungan mereka renggang kerana jadual yang padat,” tulis kenyataan itu.

Tiada Jodoh, Lee Dong-wook & Suzy Sah Berpisah!

IKLAN

Menerusi laporan Soompi, kedua-dua mereka kini sibuk mempersiapkan diri untuk drama akan datang mereka.

Lee Dong-wook bakal muncul dalam drama di bawah JTBC, Life bakal disiarkan Julai ini manakala Suzy pula menyiapkan diri untuk wataknya dalam drama Vagabond di samping Lee Seung Gi.

IKLAN

Kedua-kedua selebriti mengesahkan mereka bercinta pada Mac lalu. Semua bermula apabila foto mereka sedang ‘dating’ tersebar di media sosial seterusnya membawa kepada hubungan cinta.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI