Semakin hari semakin ramai personaliti terkenal Hollywood yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Terbaharu, pelakon utama siri dan filem Sex & The City, Cynthia Nixon telah menyertai satu demonstrasi mogok lapar yang diadakan oleh gabungan aktivis antara agama di hadapan White House bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.
Apa yang menarik mengenai aktres ini, dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak Yahudi yang datuk neneknya adalah mangsa Holocaust. Ini kerana dua anaknya berketurunan Yahudi di sebelah bekas suaminya.
Bercakap kepada orang ramai, Nixon menyatakan, “Israel telah membunuh lebih ramai orang awam di sebidang tanah yang kecil daripada yang terbunuh dalam 20 tahun perang di negara Afghanistan.”
Dia juga menyatakan bahawa 1,200 orang Israel terbunuh dalam serangan Hamas dan menegaskan bahawa tidak satu pun daripada perkara tersebut adalah normal.
Selain memberi kesedaran dan menggesa gencatan senjata secara total dilakukan. Cynthia turut mengetuai aktivis yang lain membaca setiap nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh.
Simbolik pembacaan itu adalah untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa mangsa yang terkorban bukanlah sekadar nombor tetapi mereka adalah manusia yang memiliki jiwa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap komen yang diberikan oleh seorang netizen.
Kali ini, komen tersebut telah diterima oleh isterinya, Siti Zulaikha di ruangan mesej peribadi (DM) di Instagram.
Individu berkenaan menyifatkan segala perkara manis yang dilakukan Fizi terhadap isterinya itu hanyalah disebabkan perkahwinan mereka yang masih di fasa baru.
Katanya lagi, perangai sebenar akan mula dilihat selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Lantaran itu, Fizi tampil menegur individu berkenaan dan bertanyakan motif sebenar dia berkongsi komen sedemikian.
Jelas Fizi lagi, sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan apa sahaja tindakannya, ruangan mesej peribadinya sentiasa terbuka.
“Awak DM isteri saya lepas tu bagi kata-kata macam ni dekat dia? Ada masalah DM saya,” tulisnya.
Malah, penyampai radio Hot FM ini juga turut mengingatkan individu berkenaan supaya berhenti menghantarkan mesej-masej yang tidak elok kepada isterinya.
“Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa ye? Pisahkan kami ke?,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Fizi ada meluahkan rasa kecewa selepas ada pihak yang mendakwa dia cuba memisahkan anaknya, Ameena dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri.
Ia susulan selepas Fizi memaklumkan dia ingin mengambil tindakan mahkamah untuk memperjuangkan haknya sebagai bapa.
Fizi mengambil tindakan tersebut selepas anaknya dikatakan tidak menghadirkan diri di majlis graduasi prasekolahnya baru-baru ini.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fizi memaklumkan dirinya juga tidak mengetahui keberadaan anaknya ketika itu.
Sekadar informasi, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mendedahkan ada pihak yang cuba mengetuk pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas pemergian suaminya yang juga penyanyi legenda, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Menurut Fadilah, dia tidak akan sesekali menolak takdir Allah SWT namun fokusnya kini hanya tertumpu kepada kerjaya dan keluarga.
“Nak cakap fasal pengganti, memang ada yang cuba datang. Namun, saya hanya berserah kepada Allah. Saya tidak cakap ya dan tidak. Saya juga tak mencari.
“Kalau Allah sudah jodohkan bersama orang-orang tertentu, kita terima dengan hati terbuka.
“Bagi pihak anak-anak pula, mereka suka sahaja. Asalkan mama dia gembira untuk menghabiskan hujung-hujung usia ini,” katanya kepada MH.
Masih tampil jelita pada usia 65 tahun, Fadilah memaklumkan dirinya tidak meletakkan sebarang syarat atau kritiria untuk pasangan hidupnya.
“Kalau ada yang kata saya masih cantik, Allahamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya. Nak kata tua pun tidak, muda pun tidak. Mungkin dalam umur lingkungan saya juga.
“Tak kisahlah macam mana pun orangnya. Dekat atau jauh. Nak kata pintu hati ini terbuka luas pun tak juga. Saya santai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz ini turut tidak menolak andai dirinya dijodohkan dengan bakal suami daripada kalangan penggiat seni.
“Orang industri juga manusia. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau hati kata tak nak, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka,” akhirinya.
Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.
Sebelum berkahwin dengan A. Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Mat London namum bercerai pada 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...