Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira sempat berkongsi perangai adiknya, Sharifah Sakinah yang sering kali mendapat perhatian netizen.

Senang kata, apa sahaja yang dimuat naik Sakinah di media sosial jadi cakap-cakap orang.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Sakinah itu memangh sudah sebegitu sejak awal lagi.

IKLAN

“Sakinah tu macam itulah, tapi bagi saya lantak dialah asalkan saya tau sikap dia yang sebenar. Dia (Sakinah) tu pun ‘attention seeker’ juga tu.

 

“Macam kes dia dengan Safiey tempoh hari, ada juga saya komen walaupun sebenarnya tak tahu apa pun tapi bila ada yang balas balik, saya pun macam lantak kau lah. Tak payah layan sangat.

 

“Pada saya, ‘this is us’, ini ‘colour’ kita orang dan Safiey pula, itu ‘colour’ dia. Bila dah jumpa orang macam ini pandai-pandailah,” katanya kepada MH.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Oh My Family musim kedua di Hornbill Restaurant & Cafe, KL Bird Park pada Rabu.

“This Is Us,” -Ini Komen Sharifah Shahira Fasal Adiknya, Sakinah

IKLAN

Sebelum ini, Sakinah mendapat perhatian netizen apabila gurauannya terhadap pengusaha kosmetik, Safiey Illias membuatkan pelakon, Girlfriend Aku Dari Neraka itu hampir disaman.

IKLAN

Dalam pada itu, Shahira juga turut berkongsi mengenai perihal anak-anaknya, Aiira dan Audrra yang pertama kali beraksi di depan kamera.

“Sebenarnya anak-anak saya tidak suka sangat kamera, bila depan kamera je terus senyap…tapi kalau belakang kamera, semua keluar. Apa-apapun, diorang enjoy pergi ‘shooting’.

 

“Tapi, Audrra nampaklah dia suka shooting sikit cuma buat masa ini saya tak akan bagi lah kalau dia pergi shooting mana-mana sendiri. Tak akan lepas sorang-sorang sampai dia dah besar dan tahu dan faham apa itu kerja.

 

“Macam Sakinah dulu juga, dia dah habis sekolah baru dilepaskan, dan dia pun naik sendiri tanpa menggunakan ‘kakak-kakak’nya,” katanya lagi.

Foto/Instagram: Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI