Uncategorized

“This Is How My Mom Used To Sing Happy Birthday,”- Billie Lourd Tetap Ingat Carrie Fisher

Share

Anak kepada pelakon Carrie Fisher, Billie Lourd dedikasi penghargaan buat ibunya semasa menyambut hari lahirnya baru-baru ini.

Billie yang menyambut hari lahirnya yang ke-26, 17 Julai lalu meraikan hari lahirnya di samping rakan-rakan rapat dan juga teman lelakinya, Austen Rydell dan juga bapanya, Bryan Lourd.

“Feeling #Beyondblessed by all of yesterday’s birthday love. Side note, this is how my mom used to sing happy birthday (she thought the real version was mildly irirating and took too long).

“And as always, I’m totally on her page,” tulisnya.

Billie juga kini mengikut jejak langkah ibunya dalam dunia lakonan dan kini mula mencipta nama menerusi drama American Horror Story dan Scream Queens.

Sebelum ini, Carrie yang juga popular menerusi watak Princess Leia dalam filem francais Star Wars meninggal dunia pada Disember 2016 lalu.

Dia juga melakonkan kembali watak princess Leia dalam filem Star Wars: The Force Awaken dan Star Wars: The Last Jedi membuatkan pihak produksi terpaksa menggunakan teknik CGI bagi menghidupkan wataknya dalam filem tersebut.

Foto: Carian Google

IKLAN