Kasihan MH lihat nasib yang menimpa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kekalahan kali pertama Umno/BN semasa PRU14 lalu. Lepas satu-satu dugaan melanda dirinya.

Mungkin simpati dengan nasib yang melanda mantan PM itu, penyanyi, Faizal Tahir memberikan komen kata-kata semangat kepada Najib menerusi foto yang dimuat naik Najib semalam.

IKLAN

“May ALLAH SWT guide you @najibrazak. There is goodness in everyone and there is goodness in you for sure.

“We all need break sometimes to evaluate and reflect on our lives. You have done your part well. Let us remember that nobody is perfect, especially me and ALLAH SWT is always there waiting to forgive us.

“At the end of the day, you are nothing without ALLAH SWT. My prayer are with you. Moga dikurniakan hidayat dan Aafiyah. ALLAH SWT bless you DS. Amin #YNWA,” tulisnya.

‘There Is Goodness In Everyone’ – Faizal Tahir Berikan Kata Semangat Pada Najib Razak

MH menyokong apa yang dikatakan oleh Faizal, mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Apa yang penting, kita kembali pada pencipta.
Namun, selain komen Faizal, MH turut tertarik dengan komen daripada selebriti, Wak Doyok yang mengatakan ‘Alhamdulillah’.

IKLAN

Bagaimanapun, dia dikecam teruk netizen yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’.

‘There Is Goodness In Everyone’ – Faizal Tahir Berikan Kata Semangat Pada Najib Razak

IKLAN

Alahai, tak habis lagi isu lalang ini. Sudah-sudahlah tu, di bulan ramadan yang mulia ini apa kata kita kejar pahala dan kurangkan melakukan dosa. Renung-renungkan dan selamat beramal.

sumber: IG Datuk Seri Najib Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI