Uncategorized

“The Sadness Is Sinking In” – Maya Karin Bersedih Jerman Kalah Teruk Dengan Korea Selatan

Share

Kemenangan pasukan Korea Selatan mengalahkan Jermany 2-0 malam tadi nyata mengejutkan banyak pihak.

Malah pelakon dan penyanyi, Maya Karin juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya dengan kekalahan mengejut pasukan berkenaan.

“The sadness is still sinking in. I will always support Germany but I must admit we didn’t deserve going further this time.

“Hopefully this will restoke the fire for next #WC that we didn’t have this year. #hunger #fire #ambition #team #germany?? #worldcup2018 #maythebestteamwin,” tulisnya.

Bertabahlah Maya, MH sendiri yang menonton perlawanan tersebut tidak menafikan bahawa pertahanan pasukan Korea Selatan sukar ditembusi merupakan faktor kekalahan Jerman.

Turut membantu adalah penjaga gol pasukan Korea Selatan, Cho Hyun-woo yang cukup cekap menjaga gawang golnya.

Apa-apapun, MH juga turut berbangga dengan kejayaan Korea Selatan itu sebagai sebuah negara Asia!

Foto: Instagram Maya Karin

IKLAN