Uncategorized

‘The Rock’ Enggan Berlakon Dalam Filem ke-9 Fast and Furious Sebab Vin Diesel Asyik Lambat Ke Lokasi?

Share

Bakal muncul menerusi filem Rampage bulan ini, penggusti yang kini bergelar Pelakon, Dwyane Johnson dikatakan tidak akan meyambung kontrak untuk muncul di dalam siri kesembilan filem aksi hits, Fast and Furious.

Pengunduran diri bintang yang sinonim dengan panggilan The Rock semasa aktif bergusti itu dikatakan berpunca daripada sikap salah seorang pelakon utamanya, Vin Diesel yang dikatakan sering menimbulkan masalah disiplin ketika penggambaran.

Difahamkan, ketidakpuasan hati pelakon berbadan sasa itu sebenarnya sudah pun bermula ketika penggambaran sequel terdahulu lagi. Khabarnya, pelakon Vin Diesel dikatakan sering menimbulkan masalah, seperti lewat hadir ke lokasi penggambaran.

Malah kenyataan tersebut juga turut dikeluarkan bintang tersebut menerusi media tempatan.

Bagaimanapun, kecintaannya terhadap filem aksi sedemikian mendorongnya untuk merancang mahu menerbitkan filem hampir sama, dengan memberi fokus terhadap wataknya di dalam filem Fast and Furious iaitu Luke Hobbs.

Pelakon lain yang turut terlibat di dalam perancangan filem tersebut ialah Jason Statham yang mendukung watak sebagai Dackard Shaw. All the best The Rock!

 

IKLAN