Ads

The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar!

Kumpulan pop terkenal tanah air, The Fabulous Cats kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul “Satu Syawal”, hasil kolaborasi bersama Luncai Emas Sdn. Bhd.

“Satu Syawal” bukan sekadar karya raya biasa. Sebaliknya, lagu ini mempunyai nilai sentimental yang mendalam kerana ia adalah karya yang dicipta pada tahun 2014 oleh anggota The Fabulous Cats bersama komposer, Adeeb.

“Lagu ini ada nilai sentimental kepada kami apabila ada rakan seperjuangan yang pernah terlibat dalam pembikinannya termasuk arwah Lok Yu, Kelly serta Abang Aji yang merupakan ‘sessionist’ yang membantu menjayakan lagu ini.

“Dari segi penceritaan pula, “Satu Syawal” membawa mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat masa kini, iaitu tentang bagaimana kesibukan mengejar kerjaya membuatkan ramai terlupa untuk menoleh ke belakang dan menghargai keluarga.

“Ia juga menyentuh sikap segelintir individu yang sering menangguhkan kepulangan ke kampung dengan alasan seperti “tak apa, raya tahun depan aku balik”, tanpa menyedari bahawa ada hati yang mungkin berkecil hati.

“Malah kita perlu ingat, masa tak boleh dibeli dan ia tidak selalu memberi peluang kedua,” kata Cat, mewakili The Fabulous Cats ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu tersebut di Seeds Premier Hotel, Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada Khamis.

The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar! The Fabulous Cats Kembali Rancakkan Industri Dengan Lagu Raya, Pembuka Jalan Kepada Projek Seni Yang Lebih Besar!

Pembuka kepada kolaborasi & projek lebih besar

Lebih menarik, pelancaran lagu “Satu Syawal” menandakan perjalanan baharu The Fabulous Cats tahun ini untuk kembali ke persada seni muzik tempatan dengan buah tangan baharu buat peminat.

Ads

Lagu ini pada asalnya adalah sebahagian daripada projek iklan raya bersama Bigworks Properties, sebelum dikembangkan menjadi sebuah karya penuh yang kini dilancarkan secara rasmi kepada pendengar.

“Kami bukanlah mahu aktif ‘gila-gila’ sangat, tetapi lebih percaya kepada rezeki. Ruffedge masih ada lagi, Alyah juga ada projek lagu solo baharu dan Adeep dengan komitmenya di belakang tabir.

“Pada masa sama, usia kami pun makin matang dan bila sudah ada peluang terbaik untuk kembali rakam lagu bersama, mengapa tidak?,” katanya lagi.

Bersama melodi segar menerusi mesej kekeluargaan yang kuat “Satu Syawal” diharapkan mampu menjadi antara lagu raya yang mampu memberi impak tersendiri kepada peminat.

“Jadi besar harapan saya untuk melihat lagu ini dapat menyatu dan menguatkan kembali keserasian di dalam The Fabulous Cats. Pada masa sama, dapat meneruskan ‘branding’ kumpulan ini di kalangan peminat yang lama dan baharu,” katanya.

Ads

Penganjuran majlis pelancaran ini diterajui oleh Beatus Live selaku penganjur utama dengan sokongan rakan strategik iaitu Big Work, Ruby F&B, Luncai Emas dan Loket MY yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara pelancaran ini.

Pengarah Beatus Live, Bella Dowanna, berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam menghubungkan elemen muzik, kreativiti dan penceritaan yang dekat dengan masyarakat.

“Kami di Beatus Live melihat projek ini bukan sekadar pelancaran sebuah lagu raya, tetapi sebagai platform untuk menghasilkan karya yang mempunyai nilai emosi dan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

“Kerjasama bersama The Fabulous Cats ini juga tidak akan terhenti di sini, malah kami sedang merancang beberapa projek istimewa yang bakal diumumkan pada masa akan datang,” kata Bella.

Ads

Malah, pelancaran ini juga sekali gus menjadi titik mula kepada kolaborasi lebih besar, yang dijangka membuka lebih banyak peluang projek kreatif dalam industri hiburan tempatan.

“Setiap penyanyi impikan satu persembahan secara langsung yang besar, termasuk kami. Malah ada pihak yang bertanya untuk lakukan showcase atau konsert.

“Di pihak kami, keyakinan untuk buat persembahan memanglah tinggi dan kami bersedia, cuma bagi penganjur pula, sudah tentulah mereka akan melihat kesesuaian itu daripada semua segi.

“Perancangan itu perlu dilakukan secara terperinci dan teliti, bukan boleh ambil masa sehari dua. Kalau kita nak buat secara ‘all out’, sudah tentulah penelitiannya juga bukan biasa-biasa,” akhiri Cat.

Lagu “Satu Syawal” sudah boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik dan penggambaran muzik video (MV) yang dilancarkan juga turut menggunakan konsep teknologi Hybrid AI.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Dijaga Elok, Dia Rajin Masak,” – Pertama Kali Sambut Ramadan...

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.
error: Hello. Cannot.