Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 bersama kelab peminatnya, FaNoraTik.
Meski ia dilakukan secara virtual menerusi aplikasi Google Meet, namun suasananya tetap meriah.
Pada masa sama, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran bersama kelab peminatnya meski Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih dilaksanakan di seluruh negara.
Ads
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.The best bday celebration ever dlm PKP. Google meet with fanoratik (kat laptop) & surprise bday cake frm my dearest son, Iman, Sofea, Putri, Fatehah & Ayden.
“Thank you so much everyone.Thank you @eilyasofea sudi ajar adik2 buat kek yg best. Mama sayang anak2 mama, menantu & cucu mama hingga ke jannah. Dah 48 dah,” tulisnya.
Peka terhadap situasi semasa, pasangan selebriti Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal mengambil inisiatif dengan menyediakan ‘food bank’ di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Kajang, hari ini.
Aeril berkata, bantuan yang diberikan dalam bentuk makanan asas dan keperluan hariani itu terbuka kepada mana-mana individu atau golongan memerlukan.
Antara barangan keperluan disediakan adalah seperti beras, gula, tepung, milo, sardin dan banyak lagi.
“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini (Bangi) pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.
“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Coametics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya.
Menurutnya, dia dan Wawa juga merancang untuk membuat ‘food bank’ di lokasi lain bagi tujuan sama selain membantu mereka yang menghubunginya secara peribadi di laman sosial.
“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Dan memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.
“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19, pada Isnin.
Sarah yang kini sedang hamil anak keempat meluahkan rasa risau dan bimbang sekiranya ada di antara ahli keluarganya turut dijangkiti wabak berkenaan.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, Sarah dan ahli keluarganya turut menjalani ujian saringan Covid-19 dari rumah.
“Jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid. Sarah tak fikir apa-apa dah, yg sarah risau anak-anak n baby dlm perut ni.
“Anak2 sarah sekrng ni tengah demam. Ya Allah berderau darah ni….macam-macam benda sarah fikir kalaulah sarah n suami positif, mcm mana anak-anak.
“Kalau anak2 pulak positif siapa nak jaga diaorng kt pusat kurantin. Minta jauh ya Allah. Kami satu keluarga baru je buat swab test harap2 semua xde apalah.
“Sarah kena kuat, baby dh masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” tulisnya.
Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang.
Malah sehingga kini, ia video lirik lagu tersebut sebanyak 3.8 juta totonan setakat ini di YouTube.
Terbaharu, band pop rock meningkat naik, Neon Band pula muncul dengan versi rock baru yang ‘catchy’ berjudul ‘Aku Budak Boy’.
Selain mengenengahkan susunan muzik yang baru, lagu ‘Aku Budak Boy’ turut menampilkan penyanyi baru Neon Band, Boy yang merupakan bekas peserta program ‘Suara Viral’ (SR).
Keputusan vokalis lama Neon Band, Ezwan Ariff yang melancarkan single solo berjudul ‘Misteri’ sejak Disember tahun lalu menimbulkan tanda tanya apakah dia sudah meninggalkan kumpulan itu.
Kini, selepas tujuh bulan single solo Ezwan dilancarkan, persoalan itu terjawab apabila posisi Ezwan diisi penyanyi baharu tersebut.
Ini bermakna, penglibatan Boy, 33, atau nama sebenarnya Mohd Firdhaus Mahadzir melengkapkan ‘line up’ baru Neon Band yang turut dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).
Menurut Boy, penyertaannya dalam Neon Band adalah secara tidak sengaja selain menyifatkan dia lebih cenderung bergerak bersama kumpulan berbanding secara solo.
“Selepas tamat program SV saya ada berjumpa Abang Lan Adlie. Ketika itu, dia mahu carikan saya single solo. Saya okay saja. Sudah ada beberapa lagu tapi berasakan tidak kena dengan jiwa saya.
“Saya pula kalau boleh memang nak bersama sebuah kumpulan. Jadi, dia pun menyokong hasrat saya itu. Kebetulan sebelum masuk SV, saya memang terlibat dengan sebuah band. Namun, bukan rezeki kami untuk bersama.
“Kemudian Abang Lan minta saya cuba cari band yang lain. Kebetulan berjumpa dengan Neon Band dan kami pun ‘jamming’ bersama. Ketika itu, saya tahu mereka sudah ada vokalis yang terlibat dengan projek solo.
“Dari situ, kami cuba buat lagu sendiri. Tapi, pelancaran lagu ciptaan sendiri ini kami tangguh dulu. Kami fikir daripada tidak buat apa-apa, baik cuba rakaman nyanyian semula atau ‘cover version’.
“Ketika kami persembahkan ‘cover version’ lagu Aku Budak Girl, Abang Lan cukup tertarik dan minta kami buat susunan muzik baru agar berbeza dengan lagu ‘Aku Budak Girl’,” katanya.
Bertitik tolak dari situ, lagu nyanyian semula ‘Aku Budak Boy’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Aku Budak Girl’ nyanyian Suekhaizhar dipertaruhkan sebagai single pengenalan Neon Band bersama penyanyi baru yang diterbitkan Nova Music.
Sekali gus, lagu yang mendapat sentuhan susunan muzik daripada Neon Band itu sendiri memberi nafas baharu kepada muzik mereka sebelum ini.
“Macam dikatakan, single pertama Neon Band bersama saya sebagai vokalis baru sepatutnya dilancarkan selepas sambutan hari raya lalu. Tapi, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kami tidak sempat buat video muzik. Itulah yang membuatkan kami terpaksa tangguh dulu pelancaran single terebut.
“Jadi, pihak pengurusan Nova Music nak ketengahkan lagu Aku Budak Boy ini sebagai single pertama kami. Lagi pun Neon Band sudah lama tak keluar lagu baru. Jadi, nak gunakan fenomena lagu asal ini untuk kemunculan semula kami dan dalam masa sama memperkenalkan saya selaku vokalis baharu Neon Band.
“Kiranya, single Aku Budak Boy yang baru dilancarkan ini sangat berbeza dengan muzik Neon Band yang dikeluarkan sebelum ini. Malah, lagu baru yang ditangguhkan itu pun tidak sama.
“Dalam erti kata lain, lagu Aku Budak Boy ini memberi nafas baharu kepada muzik Neon Band sekali gus mampu menarik lebih ramai pendengar muzik tempatan. Harapnya, peminat boleh terima ‘wajah’ baharu Neon Band ini,” katanya.
Boy menambah, ‘Aku Budak Boy’ itu adalah ‘balasan’ kepada lagu ‘Aku Budak Girl’ yang mana liriknya lebih berunsur positif dengan memberi semangat kepada ‘Girl’ dan penyanyi Suekhaizhar yang mendapat kecaman warganet.
“Lirik asal lagu ini ada bahagian yang ditukar. Seperti semua tahu, lagu asal ini terkenal dan tular, tapi banyak juga dikecam dan dikeji. Jadi, lirik lagu Aku Budak Boy ini adalah balas balik kepada lirik lagu Aku Budak Girl yang memberi semangat pada ‘Girl’ dan penyanyi itu. Orang kata, semangat Boy pada Girl,” katanya lagi.
Ditanya tidakkah dia dan Neon Band bimbang jika dikatakan menumpang populariti lagu lain, Boy mewakili kumpulan itu mengakui masing-masing akan mendapat ‘keuntungan’ dan kelebihan.
“Bagi saya dalam bidang muzik kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baru pasti lebih sukar untuk mendapat tempat. Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang viral ini, tapi secara positif.
“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri yang memberikannya nafas baharu. Kalau lagu asal orang kecam, saya yakin untuk versi Aku Budak Boy ini orang akan suka. Malah, tanggapan mereka terhadap lagu ini pasti berubah.
“Sebenarnya kami nak bagi orang dengar kekuatan lagu ini. Secara tidak langsung, menerusi lagu Aku Budak Boy, lebih ramai orang lagi akan mendengar lagu Aku Budak Girl.
“Ramai cakap lagu ini mudah, tapi tak sebenarnya. Kami ambil masa dua hari untuk siapkan proses rakaman lagu ini,” katanya.
Antara lagu yang pernah dihasilkan Neon Band sebelum ini dan berjaya diterima peminat adalah ‘Cinta Yang Telah Mati’, ‘Hingga Akhir Nanti’, ‘Kaca’ dan ‘Jiwa’.
Lagu ‘Aku Budak Boy’ terbitan Nova Music telah dilancarkan hari Jumaat lalu dan kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.