Uncategorized

‘Thank You Sayang’ Isteri Lah Ahmad Hadiahkan ‘Portable Speaker’ Sempena Hari Lahirnya

Share

Wah! Seronoknya MH lihat penyanyi, Lah Ahmad dapat ‘best birthday gift ever’ daripada isterinya, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, Lah sempat memuat naik gambar ‘hadiah’ tersebut beserta kapsyen bersemut buat isterinya.

“Thank you to wifey, best birthday gift ever! Alhamdulillah, lepas ni boleh bluetooth dengar audio-audio yang lazat berkrim. Portable Marshall bluretooth speaker.

“Thank you sayang!” tulisnya.

MH difahamkan Lah menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 38, 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, dia juga turut memuat naik gambar ‘throwback’ beserta kapsyen bersempena dengan hari lahirnya nya itu.

“Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang wish birthday. Each and everyone of you has been a big part of my journey.

Syukur Allah izinkan ku bernafas ulang tahun kali ini. Dan syukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan sepanjang kehidupan ku.

“Jatuh bangun ku. Pencapaian ku. Kemenanganku. Adalah semuanya dengan atas izinMu ya Allah. Alhamdulillah…

“Birthday ku kali ni. Alhamdulillah. Aku diperingatkan tentang dekatnya kita dengan mati. Senafas lebih dekat. Sehari lebih dekat. Tambahkan amal ibadahku. Tetapkan imanku dalam mengharungi hari hari ku.

“Dekatkan ku pada Sang Pencipta. Mudahkan urusan ku sekeluarga. Semoga kita semua sama mendapat keberkahan dalam setiap amalan ibadah dan diredhai Allah sentiasa.

“Jangan kita gembira di dunia dengan amalan kecil. Tetapi berbahagialah kita di akhirat nanti dengan amalan yang disukai Allah. سلام,” tulisnya.

Sangat ‘deep’ apa yang ditulis Lah itu, apa-apapun, MH ambil kesempatan ini untuk ucapkan ‘happy belated birthday’ kepada Lah.

sumber: IG Lah Ahmad

IKLAN