Awal minggu ini, penyanyi Haqiem Rusli menggemparkan para peminatnya apabila berhasrat ingin berhenti menyanyi.

MH difahamkan sebab utama dia berbuat demikian kerana mengalami depressi dan beberapa masalah lain.

Susulan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Tergantung Sepi itu.

Malah, Haqiem turut melahirkan rasa bersyukur kepada mereka yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepadanya termasuklah rakan-rakan artis.

IKLAN

“Zizan Razak call me, Caprice bagi semangat thru video dan ramai lagi artis yang support.

“Noraniza Idris, Emma Maembong, Harris Baba, Adibah Noor, As’ad Motawh, Nazim Othman, Sufian Suhaimi, Imran Ajmain dan ramai lagi.

“I’m happy and thanks for your concern,” tulisnya di Twitter.

‘Thank You For Your Concern’-Ramai Bagi Kata-Kata Semangat Buat Haqiem Rusli

Selain itu, Haqiem turut ‘retweet’ kata-kata semangat daripada selebriti, Neelofa dan Syafiq Kyle.

IKLAN

‘Thank You For Your Concern’-Ramai Bagi Kata-Kata Semangat Buat Haqiem Rusli

Pada MH, umur seperti Haqiem memang berdepan dengan cabaran yang besar apatah lagi di zaman teknologi ni.

IKLAN

Dengan status selebriti yang dipegangnya, menjadikan dia target yang sesuai oleh netizen untuk dijadikan mangsa kecaman

Apa-apapun, MH doakan semoga Haqiem terus cekal dan menghadapi segala dugaan yang mendatang!

Foto: Instagram Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI