Magis filem sarat emosi, Imaginur berjaya diterjemahkan oleh penyanyi, Amir Jahari apabila lagu ciptaannya, Hasrat mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan Amir memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.
Amir yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendedikasikan kemenangan ini buat seluruh peminat dan tenaga kerja bagi lagu hasrat.
“Terima ksih kepada isteri, mak, keluarga, bandmate dan pihak pengurusan. Ini untuk kita semua,” kata Amir sebak.
Ads
Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Malah, persembahan dengan gimik terbang turut menobatkan Aisha selaku pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000.
Ads
Manakala, lagu Jangan Mati Rasa Itu yang dinyanyikan oleh Aina Abdul di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep ‘tree of life’ ketika mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu turut membawa tuah buat Aina apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Ads
Malah, Aina juga turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori, Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekali gua meraih tambahan hadiah RM12,000.
Membawa tema Muzikaverse, AJL 38 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Antaranya Shila Amzah, Vanessa Reynauld, Sissy Iman, Datang Nurfaezah, Ella dan Datuk Zainal Abidin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir empat tahun tanpa single terbaru selepas Tanpa Rela, penyanyi Misha Omar kini muncul dengan naskhah terkini berjudul Masihkah Ada Rasa Itu pada awal Mac lalu.
Menerusi karya berkenaan, Misha kembali bekerjasama dengan komposer Sharon Paul yang pernah mencetus fenomena menerusi Sampai Bila, enam tahun lalu.
“Kesempurnaan sesebuah komposisi tidak semata-mata bergantung kepada kekuatan melodi dan lirik, malah penghayatan penyanyi turut memainkan peranan penting untuk membawa lagu tersebut terus ke depan.
“Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, peminat sedia maklum akan kekuatan dan kekurangan saya. Justeru, saya mencari sebuah karya yang dapat membantu dan pada masa sama, menyerlahkan lagi kekuatan serta kematangan saya.
“Sepanjang empat tahun itu, saya berusaha mencari di samping mengkaji keberagaman lagu pop yang dihasilkan penyanyi lain untuk disesuaikan selera peminat masa kini. Bertitik tolak dari situ terlahirnya Masihkah Ada Rasa Itu?,” katanya.
Sinonim dengan karya balada, Misha bersama Sharon dibantu Que Afiq sebagai penulis lirik dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokalnya.
Masihkah Ada Rasa Itu, jelas Misha tetap menuntut penghayatan emosi tersendiri, sekali gus memberinya cabaran baharu kerana perlu bijak mengimbangi permainan rasa ketika menyampaikan lagu tersebut.
“Misha Omar dikenali ramai sebagai penyanyi balada yang sarat emosi. Tetapi, Masihkah Ada Rasa Itu pula menuntut saya menjadi sebaliknya apabila memerlukan saya untuk ‘mengakali’ emosi tatkala menyampaikan lagu itu supaya tidak terlalu larut dalam perasaan.
“Lagu ini membawa pendengar terkenang perkara yang sudah berlalu, namun masih belum dilepaskan sepenuhnya. Saya bersyukur dengan bantuan Syafinaz, tuntutan lagu itu dapat saya sampaikan dengan baik,” katanya.
Akur ramai pasti mengharapkan kolaborasi terbarunya bersama Sharon itu mengulangi pencapaian cemerlang yang dilakar Sampai Bila, Misha bagaimanapun enggan dirinya dibebani harapan besar itu.
“Saya bukan seorang yang cerewet, malah tidak pernah sesekali memberi tekanan kepada Sharon untuk menghadirkan magis dalam ciptaannya. Saya realistik, malah sentiasa percaya, kejayaan sesebuah karya turut berkait rapat dengan rezeki.
“Apa yang dapat saya katakan, sentuhan Sharon mempunyai satu sisi yang dapat menyentuh hati sesiapa yang mendengar lagu ciptaannya. Sebagai komposer, Sharon sangat istimewa kerana mempunyai kelebihan itu,” katanya lagi.
Bintang asal Kelantan ini juga berterima kasih kepada Sharon dan Syafinaz sepanjang proses rakaman lagu tersebut.
“Saya seperti berada dalam dewan peperiksaan penting kerana proses merakamkan lagu baharu membentangkan pengalaman dan perjalanan berbeza untuk setiap penyanyi.
“Sharon dan Syafinaz banyak membantu mententeramkan perasaan saya sepanjang proses rakaman berlangsung. Sebagai komposer, Sharon begitu memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat.
“Situasi itu mengingatkan saya supaya sentiasa berpijak di bumi nyata. Saya tidak pernah anggap diri sebagai yang terbaik. Malah, kekurangan yang ada mendesak saya supaya sentiasa memburu dan menggali ilmu untuk terus memperbaiki diri,” katanya.
Masihkah Ada Rasa Itu juga bakal menjadi lagu tema drama bersiri, Wanita Syurga lakonan Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Nazim Othman yang akan menghiasi slot Akasia di TV3 sepanjang Ramadan ini.
Ia juga kini sudah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemenangan Amir Jahari dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 malam tadi telah mencipta sejarah buat penyanyi tersebut.
Lagu Hasrat yang merupakan ciptaan penuh olehnya berjaya mengalahkan komposer- komposer lain yang sudah beberapa kali menang anugerah berprestij itu.
Ekoran kejayaannya itu, penyanyi berusia 31 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100’000 berserta trofi. Kemenangannya menjadi sohor kini dan bualan di media sosial.
Rata-rata berpuas hati kerana komposisi lagu tersebut memaparkan muzik yang cukup indah diserikan pula dengan lirik yang sangat memberi makna.
Namun di sebalik kemenangannya, nama pertandingan Bintang RTM dan Dewi Remaja turut menjadi bualan ramai di media sosial khususnya di Facebook dan X.
Kenapa tu?
Rupa-rupanya dalam tinjauan Media Hiburan, kemenangan Amir Jahari menjadi kemenangan ketiga pencapaian hebat anak Sarawak untuk pertandingan yang bermula pada 2023 dalam pertandingan besar yang ada di Malaysia.
Bermula dengan Dewi Remaja 2023 yang menyaksikan Nur Elyana Baharin atau lebih dikenali sebagai Nurel Baharin berjaya mengalahkan ratusan peserta lain yang datang ke sesi uji bakat.
Kemenangannya sangat bermakna kerana ia merupakan kemenangan pertama anak Sarawak dalam pertandingan yang sudah berlangsung sejak 1986 itu.
Seterusnya, Bintang RTM 2024 turut menyaksikan seorang lagi anak Sarawak menempa nama. Memulakan sesi uji bakat sejak tahun 2023, Roxy Izzy yang menampilkan lantunan vokal dan persembahan hebat berjaya bergelar juara menewaskan 15 finalis lain.
Memetik beberapa hantaran di Facebook dan X yang dilakukan pengguna media sosial. Rata-rata meluahkan rasa bangga.
“Tahun ini tiga pertandingan orang kita sapu. Dewi Remaja, Bintang RTM & AJL. Tahniah anak-anak Sarawak yang mengharumkan nama Sarawak.”
“Sarawak Power. Next!”
“Tuah anak sarawak 2024. Anak jati Sarawak taringnya keluar. Dewi Remaja 2023 gadis kelahiran Sarawak, Bintang RTM 2024 asal Sarawak & AJL 38-Penyanyi Sarawak. Saya sangat bangga. Anda semua layak.”
“Kebelakangan ini Sarawakian on Fire!”
“Selepas Nurelyana Baharin menjuarai Dewi Remaja dan Roxy Ixzy Juara Bintang RTM malam ini seorang lagi anak Sarawak, Amir Jahari muncul Juara AJL 38.”
Nampaknya masyarakat di bumi kenyalang sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Nurel Baharin, Roxy Izzy dan Amir Jahari. Tahniah dan terus maju buat ketiga-tiga anak jati Sarawak ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eyra Hazali mempersoalkan beberapa perkara terhadap kenyataan Ruhainies susulan kes dakwaan khalwat bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Eyra, mengapa bukan PA (personal asistant) yang tolong membawa naik barangan penggambaran.
“So PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang?
“The boy pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?,” soal Eyra sebagai mengulas kenyataan berkenaan yang dikongsikan menerusi aplikasi X.
Isteri kepada pemain bola sepak, Johor Darul Takzim, Haziq Nazli itu turut bertanya mengapa tidak pelawa sama isteri aktor tersebut sekiranya mahu keluar makan.
“Tak ajak wife or so called bestfriend sekali ke makan-makan? Mana minta maaf pada the wife?
“Kesimpulannya, kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada Khamis , Ruhainies dan Alif telah pun memuat naik kenyataan di akaun Instagram masing-masing bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Menurut Ruhainies, dia sebenarnya mahu menjemput Aliff untuk makan malam di rumahnya bersama adik-beradiknya yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X & Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...