Ads

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu kesembilan menyaksikan Krisya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir selepas berada di kedudukan paling bawah dengan markah 54.50%.

Menyampaikan lagu Hening Rindu nyanyian asal Marsha Milan, persembahan Krisya gagal memikat hati juri dan dia akur dengan keputusan tersebut.

Selain Krisya, turut berada di kedudukan tiga terbawah ialah Mell Sakura dan Shae, masing-masing dengan markah sebanyak 60.75% dan 56.25%.

Sementara itu, Nubhan sekali lagi mendominasi apabila memungut 74.50% dan berada di kedudukan pertama minggu ini.

Berikut dipaparkan senarai markah kesemua peserta yang masih bertanding malam tadi;

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Ads

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Tewas Dengan 54.50%, Krisya Tersingkir! Nubhan Unggul Nombor Satu Raih 74.50% Di Minggu Kesembilan GV12

Ads

13 Bintang Warnai GV12

Seramai 13 bintang berentap dalam Gegar Vaganza musim ini iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta kumpulan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri. Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail, manakala SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini.

Ia pastinya menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Ads

Penganjuran Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap. Program ini dikendalikan oleh dua hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA, Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi Astro Ria (saluran 104).

Program realiti ini juga boleh disaksikan secara strim On Demand di Astro GO dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Tiga Hari Kena ‘Maki’, Terus Juara Minggu Ke-9! Ramli MS Cerita...

Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh penyanyi, Nubhan yang berjaya menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita dengan baik seterusnya menduduki tangga pertama di konsert minggu ke-9 GV12.
error: Hello. Cannot.