Uncategorized

‘Tersilap Tangan Laki?’ Netizen Kecewa Rabecca Al-Islam Tidak Hormat Suami, Pegang Tangan Aliff Syukri

Share

Gara-gara berkongsi sekeping gambar bersama Rabecca Al-Islam bersama suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Apa yang membuatkan ramai tidak puas hati apabila gambar tersebut terpapar jelas Rabecca telah memegang tangan Aliff yang dianggap tidak bersesuaian.

Malah, ramai juga berang dan menganggap Rabecca tidak menghormati suaminya yang turut berada di sebelah Aliff dan keliru apakah tujuan Rabecca sebenarnya?

Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang meminta Rabecca untuk lebih memahami konsep agama dan menjaga batas pergaulan memandangkan kini dia sudah mula berhijrah ke arah kebaikan.

Ada juga meminta Aliff untuk memadam gambar ini bagi menghormati perasaan isterinya serta menganggap gambar ini bakal mengundang fitnah.

 

 

IKLAN