Disebabkan jadual kerja yang terlalu padat, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui sudah beberapa kali terpaksa menunda proses rawatan penyakit slip disc yang sedang dialaminya ketika ini.

Menurut Ayda, dia sepatutnya menjalani rawatan dua kali seminggu bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian tulang belakangnya menjadi lebih serius.

Terpaksa Skip Fisioterapi Slip Disc Sebab Sibuk, Ayda Jebat Bergantung Dengan Pain Killer

“Saya sudah lama tidak menjalani fisoterapi. Ketika ini, saya memang tiada waktu cuti.

“Kalau cuti dari penggambaran drama sekali pun, saya akan ada penggambaran sebagai duta produk.

“Saya juga sibuk jalani proses rakaman.

“Sebaiknya, saya perlu jalani terapi dua kali seminggu. Lagi kerap lagi bagus. Kini, sudah dua bulan saya tak pergi,” katanya kepada MH.

Ads

Ayda turut mengakui kini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit walaupun sedar akan risiko yang mungkin dihadapi.

Terpaksa Skip Fisioterapi Slip Disc Sebab Sibuk, Ayda Jebat Bergantung Dengan Pain Killer

“Saya memang sudah bersedia dengan ubat-ubatan. Kalau sudah mula rasa sakit, saya akan berjaga-jaga.

“Saya memang bergantung kepada painkiller sahaja walaupun saya tahu ia akan beri kesan yang tidak baik. Namun, saya hanya akan ambil bila betul-betul sakit sahaja.

“Saya pula memang sejenis yang tidak suka makan ubat,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Mandul Bukan Pilihan yang disiarkan di Astro Ria.

Ads

Difahami Produksi, Akan Komited Selepas Ini

Dalam pada itu, Ayda yang juga ibu kepada dua cahaya mata, bersyukur kerana pihak produksi sentiasa memahami keadaan kesihatannya.

Terpaksa Skip Fisioterapi Slip Disc Sebab Sibuk, Ayda Jebat Bergantung Dengan Pain Killer

“Pihak produksi tahu saya mengalami slip disc. Kalau ada babak saya terjatuh, perlu disambut atau aksi-aksi lasak, mereka akan guna helah kamera.

“Pihak produksi memang kena membantu saya,” kongsinya lagi.

Ads

Ayda juga memberi jaminan bahawa dia akan lebih komited untuk menjalani rawatan selepas semua urusan kerjanya selesai nanti.

Terpaksa Skip Fisioterapi Slip Disc Sebab Sibuk, Ayda Jebat Bergantung Dengan Pain Killer

“Kalau kita fokus jalani rawatan sekali pun, penyakit ini tetap akan ada. Cuma sakitnya akan berkurang. Mungkin selepas drama ini tamat, saya janji akan lebih kerap jalani rawatan.

“Bila selalu pergi fisioterapi, badan kita akan rasa lebih segar. Bila lama tak pergi dan sibuk pula dengan kerja serta banyak bergerak, saya kena mula sedar diri.

“Namun, saya bersyukur ia tidak mengganggu rutin harian saya. Cuma saya rasa diri ini seperti punyai kekurangan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads