Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli mengakui berasa sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima menerusi lagu Mimpi meskipun menyifatkan dia hanya mempunyai waktu yang singkat bagi menyiapkan lagu tersebut.
Malah, menerusi perkongsian di Instagram, Haqiem turut mendedahkan
dia juga tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan mengenai soal lirik atau dalam erti kata lainnya ‘main tembak sahaja’.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Haqiem menjelaskan perkataan ‘tembak’ atau ‘bantai’ bukanlah bermaksud dia melakukan kerjanya dengan sambil lewa sebaliknya itulah terma yang selalu dia gunakan untuk merendah diri.
“Sebenarnya terma ‘pakai bantai’ itu hanyalah cara saya untuk merendah diri. Itulah perkataan yang saya selalu gunakan.
“Ketika dalam proses penulisan lirik tu bukanlah saya bantai je, seharian waktu yang saya ambil itu, saya tulis betul-betul.
“Cuma perkataan yang saya gunakan itu, saya tidak mahu ia kelihatan seperti berlagak. Kalau berlagak nanti orang tak suka pula,” katanya kepada MH.
Ads
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) Ke-33 itu berkata semedikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.
Pada masa sama, Haqiem turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakannya ilham yang tidak putus-putus sewaktu menyiapkan lagu tersebut.
“Saya tak bantai cuma tempoh yang diberikan kepada saya agak singkat. Prosesnya pula boleh dikatakan sebagai mudah dan senang.
Ads
“Mungkin Allah bagi saya rezeki untuk ilham datang mencurah-curah pada ketika itu. Alhamdulillah segala proses disiapkan dalam masa sebulan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Haqiem turut mendedahkan dia juga berasa sangat terharu kerana karyanya masih lagi diterima ramai meskipun ketika ini industri nyanyian mempunyai lambakan penyanyi baru.
Ads
“Saya tidak jangka lagu ini boleh pergi sangat jauh. Kali terakhir lagu saya yang betul-betul ‘meletup’ adalah Tergantung Sepi.
“Bila orang dah anggap lagu Tergantung Sepi sebagai ‘killer song’ saya, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk ada satu lagi ‘killer song’ selepas lagu itu.
“Alhamdulilah lagu Mimpi ini membuktikan walaupun ketika ini ramai lagi penyanyi baru yang datang, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi menerima karya Haqiem Rusli,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Mimpi yang juga merupakan lagu tema bagi drama, Bidadari Salju telah pun meraih lebih 13 juta tontonan di laman Youtube dalam masa dua bulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zarina Anjoulie mengumumkan sudah kembali rujuk dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Pendedahan tersebut dibuatnya hari ini selepas menerima jambagan bunga istimewa.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan tersebur dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik, lapor mStar.
Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.
“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy tidak mahu mengulas lanjut mengenai soal perancangan lebih serius bersama kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman. Malah, bintang ini turut menafikan dirinya sudah pun dilamar jejaka berkenaan.
Menerusi sedutan bersama program Melodi Ahad lalu, Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis tidak mempunyai maksud serius.
Bagaimanapun bintang berusia 28 tahun ini mengakui ada berbincang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya dengan dia kami jenis yang ‘date’ untuk berkahwin. Kita bukan ‘date’ untuk main-main. Sudah tentu kita ada bercakap ke arah itu, tapi bila kita serahkan kepada pihak lelakilah.
“Sebab kita perempuan, segan pula nak cakap. Sejujurnya kita memang ada cakap mengenai perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah, kalau nanti kalian akan tahu.
“Belum lagi. Ini (cincin) macam ‘choplah’. Ini saja macam biasalah…. ‘nah happy birthday macam tu’. Tapi perancangan itu ada, bila tu… Tunggulah,” katanya.
Kilafairy sebelum ini pernah berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini juga baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy dan sedang merancang untuk melancarkan lagu terbaru.
“Masih macam biasa, tawaran ini masih ada cuma kena pilih mana yang sesuai. Ditambah pula dengan situasi semasa. Kita sendiri nak pergi ke set penggambaran yang ramai orang pun ‘nervous’ juga. Cuma terpulang kepada saya untuk terima atau sebaliknya.
“Setakat ini semuanya berjalan lancar, Insya-Allah saya akan lancarkan single yang sudah pun dirakamkan. Tunggu masa sesuai,” katanya lagi.
Foto: Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir memuat naik sepotong video ketika melakukan sesi ‘fitting’ persalinan yang bakal dikenakan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam Ahad lalu.
Menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 100,000 laki di Instagram miliknya itu, dia yang menyampaikan lagu 7 Nasihat di samping Kmy Kmo dan Luca Sickta menggantikan Datuk Seri Nurhaliza itu, Shiha mendedahkan ‘rahsianya’ yang dilihat cukup pantas bertukar persalinan.
Sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada skuad cantiknya pada malam itu, Shiha turut mengakui dia berbebar, bimbang apa yang dirancangkan tidak menjadi. Bagaimanapun, semuanya dipermudahkan.
“Inilah rahsia shiha tukar baju waktu malam #AJL35 lepas.Kemain seronok sampai tak perasan tepuk tangan mcmtu padahal baru lepas drip & keadaan badan lemah sgt.haha.
“Terima kasih banyak2 untuk @sabella_co sebab tunaikan design mcmna yang Shiha nak untuk perform malam tu.Alhamdulillah berjalan lancar..Padahal sebelum tu nervous sangat takut x menjadi,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya kagum melihat di balik tabir persiapan daripada penyanyi berusia 33 tahun itu.
Untuk rekod, 7 Nasihat yang bersaing bersama 11 buah lagu lainnya di acara muzik tahunan itu dicipta oleh rapper lagu berkenaan, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Foto: Instagram Shiha, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.