
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan menteri dan timbalan menteri baharu bagi memperkukuh pentadbiran Kerajaan Madani, susulan penstrukturan semula portfolio tertentu dalam kabinet.
Pengumuman itu dibuat di Putrajaya dan melibatkan pelantikan beberapa wajah baharu serta penyusunan semula jawatan menteri sedia ada, sejajar dengan keperluan semasa pentadbiran negara.
Berikut adalah senarai lantikan baharu yang diumumkan sebentar tadi ;-
MENTERI
- Hannah Yeoh – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
- Mustafa Sakmud – Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
- Dr. Mohd. Zulkifli Hasan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Johari Abdul Ghani – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Steven Sim – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Akmal Nasrullah Nasir – Menteri Ekonomi
- Dr. Mohammed Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan
- Arthur Joseph Kurup – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- Noraini Ahmad – Menteri Perladangan dan Komoditi
- R. Ramanan – Menteri Sumber Manusia
TIMBALAN MENTERI
- Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Kewangan
- Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Mohamad Alamin – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Lo Su Fui – Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
- Adam Adli Abd Halim – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
- Chan Fong Hin – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Lim Hui Ying – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Lukanisman Awang Sauni – Timbalan Menteri Luar Negeri
- Yuneswaran Ramaraj – Timbalan Menteri Perpaduan Negara
- Mordi Bimol – Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Hanifah Hajar Taib – Timbalan Menteri Kesihatan
- Chiew Choon Man – Timbalan Menteri Pelancongan
- Mohd Shahar Abdullah – Timbalan Menteri Ekonomi
- Syed Ibrahim Syed Noh – Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- Huang Tiong Sii – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
- Khairul Firdaus Akbar Khan – Timbalan Menteri Sumber Manusia

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




