Siapa tak kenal dengan pelakon kacak, Nazrief Nazri. Bakat yang dicungkil menerusi pertandingan Hero Remaja 2012 dan terus popular menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta gandingan dengan aktress Emma Maembong ini memang tidak asing lagi namanya dalam industri tanah air.

Walaupun langkah teman seangkatannya seperti Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Syafiq Kyle dan Hafidz Roshdi meluncur laju,namun, Naz tetap sabar dan terus positif mengejar cita-cita.

‘Terkejut Diorang Nak Kahwin, Fattah Tak Cerita Apa-apa’ – Nazrief Nazri Tumpang Gembira

Di tanyakan soalan mengenai perkahwinan teman seangkatannya, Fattah, Naz atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri turut akui terkejut dengan berita tersebut.

IKLAN

“Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Mungkin ada sebab tertentu mereka merahsiakan perkahwinan.”

 

 

“Mungkin dirahsiakan sebab family ataupun bisnes. Atau mungkin salah satu untuk meraih populariti. Terpulang kepada mereka, itu adalah hak mereka.” ujarnya.

Naz juga menambah sepanjang berada di dalam pertandingan Hero Remaja 2012, hampir semua hero remaja menyukai dan meminati Fazura bukan hanya Fattah seorang. Namun, Naz berbangga apabila salah seorang temannya telah disatukan dengan aktress cantik tersebut.

“Rasanya semua orang suka dengan Fazura. Ya kami semua yang terlibat dengan Hero Remaja memang terkejut , sama seperti orang lain. Tapi, kami semua tumpang gembira buat Fattah.” Ujar Naz

Kini, Naz sedang sibuk menyempurnakan rancangan Buletin musim kedua di saluran HyppTv. Untuk pengetahuan korang, program tersebut memaparkan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

IKLAN

Selain hebat dalam bidang lakonan, Naz juga berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Menurut Naz, dia mengagumi bakat yang ada pada Aliff Satar dan menjadikan pelakon itu sebagai idolanya.

IKLAN

Selain itu, video muzik lagu Cinta Semalam nyayian Naz yang dimuat naik di laman YouTube pada akhir Jun lalu sudah ditonton 415,050 pelayar Internet setakat ini.

Wah, multi-talented betul Naz ye. Tak sangka Naz pun boleh menyanyi. Jom #MHBelanjaVideo untuk korang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI