Teringin Pakai Baju Cantik, Syamel Azam Turun Berat Badan

Penyanyi bersuara emas yang bakal menyertai pertandingan AF Mega Star 2017, Syamel memang sedang sibuk mempersiapkan diri demi merebut gelaran juara dalam pertandingan realiti program yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Namun MH Online sedar penyanyi yang sangat terkenal dengan bentuk tubuh yang comel ini semakin lama semakin susut.

IKLAN

Boleh dikatakan Syamel kelihatan semakin kecil dan smart dengan gayanya yang lebih kasual.

MH Online tidak melepaskan peluang bertanya sendiri pada tuan punya badan tentang perubahannya.

“Oh ye ke saya makin kurus? Sebenarnya bila saya lihat dari tahun ke tahun, sewaktu saya dalam AF sehinggalah selepas itu saya terfikir, seronok jugak kalau saya kurus, boleh pakai baju-baju yang lawa, look good on stage. Jadi saya fikir alang-alang saya dah start diet lepas tu bonus pulak dapat masuk AF lagi membuatkan saya berkobar-kobar untuk terus kurus,” jelasnya.

Apabila MH Online tanya bagaimana diet yang diamalkan, Syamel memberitahu dia memang mengambil berat tentang gaya hidup yang sihat dan mengambil makanan yang sihat.

IKLAN

Malah Syamel turut memberitahu walaupun ada sesetengah pihak memandang rendah pada fizikalnya ketika berada di Akademi Fantasia, dia langsung tidak mengambil hati malah beranggapan itu hanyalah golongan yang cuba mencari kesalahan orang lain sahaja.

“Saya baru sahaja release tiga buah lagu dan ketiga-tiga ini saya masih berbadan ‘comel’, bagi saya tak menjadi masalah sebenarnya. Tetapi golongan yang bercakap itu adalah golongan minioriti yang akan mencari salah walaupun sebenarnya tiada manusia yang sempurna di dunia.

 

“Bagi saya zaman sekarang penonton dan pendengar sudah semakin bijak. Kalau benda tu jejaskan saya, ketiga-tiga lagu ini tidak akan mendapat sambutan. Betul tak?” jelasnya pada MH Online ketika ditemu ramah di konsert The Stage 2.0 yang berlaku di Unisel, Shah Alam semalam.