
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat bergelar tunangan kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Sabtu.
Majlis indah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata, tampak anggun dengan mengenakan persalinan dalam rona pastel ilham Atelia Amani.
Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq, pada majlis yang bermula sekitar jam 3.30 petang itu.
Antara rakan selebriti yang turut hadir meraikan hari bahagian pasangan terkenal itu ialah Datuk A Aida, Nora Danish, Nabil Ahmad, Nur Fazura, Que Haidar dan ramai lagi.
Majlis itu turut disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini