Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein ada berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis sambut menantu di belah pihak suaminya, Mohamad Azlan Che Noh di Kuala Krai, Kelantan, menerusi Instagram.
Ayu bertudung sambil mengenakann persalinan sedondon rona putih bersama suami dan anak, pasangan penganting baru itu tampak secocok kala bergambar di pelaminan.
“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua. Tq kerana bg lina rasa semua ni. Tq atas kasih sayang ini.
“Terasa diri disayangi. Alhamdulillah, 28 January 2020,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil disusuli dengan kredit.
Bintang Kampung People ini selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Ads
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang sinonim digelar sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memuat naik ulasan netizen berkait drama Adellea Sofea di bawah arahannya, Shahrulezad menegaskan kehidupan tidak pernah lari daripada klise.
Malah rutin setiap hari yang dilakukan juga sama, jarang sekali berubah.
Jelasnya lagi, aktiviti seperti bergosip, merampas suami orang, tikam belakang, bomoh, derhaka dan jatuh cinta memang klise, namun apa yang membezakan ialah jalan perceritaannya.
“Bila ada org kata drama AdelleaSofea tu cliche.
“Jawaban abam ialah YA! Memang cliche pun.
“Having nasik lemak is cliche. Facing traffic jam every morning is cliche too.
“Falling in love. Bergossip mengutuk di socmed. Rampas suami orang. Derhaka dengan mak bapak. Backstabing. Infidelity. Bomoh.
“Drama Nur & Nur2, Semua tu cliche. Pendek kata hidup kita hari-hari sebenarnya berdepan dengan cliche.
“Actually nothing wrong with clicheness in our life. Walaupun nasik lemak roti canai tu cliche tapi kita masih tetap carik nasik lemak tu selalu kalau pun tak setiap hari.
“Jarang naw naw orang Melayu breakfast bak kut teh setiap pagi. Haaa…tu baru tak cliche.
“Yg penting cara mana ni presentationkan clicheness kita tu. Nasik lemak will always be nasik lemak.
“Yg membezakannya ialah cara mana kita masak nasik lemak kita tu berbeza dengan nasik lemak orang lain. Sama ada sedap atau tidak,” ulasnya.
Malah, jelas pengarah drama popular Nur ini turut menyingkap kisah rumah tangga yang turut berkisarkan putaran yang sama.
“Masalah kisah rumahtangga basicly sama jer lebih kurang dari zaman dulu lagi. Tapi sampai sekarang orang masih suka memperkatakannya hari hari walaupun cliche.
“Macam ada org kata abam ni ensem. Kemon guys, tu pun cliche la. Hahahhaa
“So kalau ada yg kata drama abam ni cliche abam sebenarnya lebih dari setuju. Anyway abam tak marah tau dgn komen cliche kat atas.
“Dun get me wrong. Abam cuma nak bagitahu. Hidup kita ni tak lari dari sesuatu yg cliché,” tulisnya lagi.
Sekadar mahu menceriakan suasana, jelasnya yang mesra disapa Budak Ijat, jika penonton mahukan sesuatu yang berbeza, dia mungkin akan tampil dengan penceritaan berkonsepkan perceraian luar biasa suami isteri.
“Lets celebrate clicheness in our life. Lepas ni abam nak buat cerita suami isteri bercerai berai sebab kelengkang bini dia hitam berkerak agaknya baru org cakap tak cliché,” jelasnya bergurau.
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...