Uncategorized

‘Terima Kasih Realisasikan Permintaan Azal’ Netizen Puji PA Fazura Kerana Bertimbang Rasa!

Share

Wah, bukan main lagi nama Pembantu Peribadi Fazura, Dasha di sebut-sebut di media sosial gara-gara memeberi respon yang cepat terhadap permintaan anak kepada pelakon Zarina Zainuddin yang terlalu berharap untuk menghadiri majlis persandingan pasangan Fattzura.

Rata-rata berterima kasih ke atas Dasha dan memuji sikap bertimbang rasa Dasha untuk menjemput Azal menghadiri majlis kemuncak percintaan Fazura dan Fatah!

Video berdurasi satu minit yang telah dimuat naik oleh Zarina memaparkan anaknya yang terlalu mengidolakan Fazura bersungguh-sungguh berharap agar dirinya dijemput untuk majlis tersebut.

Apa yang menyentuh perasaan, Zarina turut meninggalkan komen kepada Dasha dan memberitahu dia terlalu gembira sehingga ingin menangis.

Malah dia turut meminta maaf andai permintaan anaknya itu menyusahkan pihak pengantin.

Aduh MH pula yang rasa tersentuh melihat kesungguhan Azal ingin berjumpa dengan Fattzura dan MH boleh bayangkan betapa gembirannya Zarina apabila menerima berita gembira ini.

 

 

IKLAN